Kedaulatan Sabah Bukan Untuk Dipolitikkan

Share This:

Keindahan bumi Sabah sememangnya banyak menggamit kehadiran pelancong. Malah, keindahan bumi yang turut dihiasi oleh ketinggian Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara ini juga nampaknya turut menjadi rebutan untuk dimiliki.

Satu ketika dahulu, Sabah sememangnya berada di bawah pentadbiran Kerajaan Sulu di sebelah Timur dan pemerintahan kerajaan Brunei di sebelah Barat. Sehinggalah tiba penjajah barat, Sabah telah diambil alih menerusi satu perjanjian yang menyaksikan Syarikat Hindia Timur menguasai sepenuhnya Sabah dan memisahkan Sabah dari kerajaan Sulu dan Brunei.

Hari ini, setelah penyertaan Sabah kedalam Persekutuan Malaysia menerusi Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963, Sabah secara automatiknya menjadi salah sebuah negeri berdaulat di mana segala bentuk keperluan samada ekonomi, pertahanan mahupun pembangunan, berpusat kepada kerajaan pusat di Putrajaya disamping mengekalkan pemerintahan separa autonomi yang diketuai oleh seorang ketua Menteri dan Tuan Yang Terutama.

Namun begitu, hakikat ini masih gagal difahami oleh jiran negeri Sabah, Filipina. Sejak berdekad-dekad yang lampau, setiap kali tiba musim pilihan raya negara berkenaan, antara topik hangat kempen mereka untuk memancing undi adalah, tuntutan Manila terhadap Sabah menerusi kerajaan Sulu.

Adakah mereka sengaja membutakan mata bahawa Sabah kini sudah berada di bawah Kerajaan Malaysia dan segala perjanjian lama dahulu, terbatal dengan sendirinya? Paling melucukan adalah, keluarga Kiram di Sulu masih mengekalkan tuntutan mereka terhadap Sabah sedangkan kerajaan Beraja yang mereka wujudkan di Kepulauan Sulu sendiri tidak diiktiraf oleh Manila.

Apa yang mendukacitakan adalah, sudahlah negeri Sabah kerap kali diancam oleh pengganas Sulu dan Mindanao, di kalangan pembangkang di negeri itu juga begitu giat mempromosikan hak Sabah Merdeka menerusi istilah Sabah for Sabahan. Dakwa mereka, Sabah berhak mewujudkan kerajaan sendiri dan perjanjian MA63 itu tidak sah dan tidak lagi relevan pada masa sekarang.

Bukankah sudah wujud dua tuntutan di Sabah yang mana tujuannya adalah sama, menarik keluar Sabah dari Malaysia? Adakah kelompok yang diketuai oleh Parti Warisan Sabah ini tidak mengambil pengajaran bagaimana pengganas Sulu menceroboh masuk ke Sabah melalui Kampung Tanduo? Adakah mereka fikir, kedaulatan negeri Sabah ini boleh dibuat main?

Mujurlah, ketegasan yang ditunjukkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, mampu untuk mengekang mereka yang sengaja memperkotak katikkan isu kedaulatan negeri Sabah. Jika tidak, sudah tentuk kerajaan Sulu, Filipina mahupun parti Warisan Sabah yang begitu kemarukkan kuasa ini menghuru harakan Sabah.

Harus diingat, tidak ada walau seincipun tanah negeri Sabah dibenarkan untuk dicerobohi oleh anasir asing. Hak Sabah masih kekal sama walaupun bernaung di bawah kerajaan pusat. Tidak ada walau satu perkara pun mampu untuk menarik keluar Sabah keluar dari MA63 mahupun kerajaan pusat. Paling utama, negeri Sabah bukanlah objek politik yang boleh dipermainkan sesuak hati oleh mana-mana pihak sekalipun.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*