Dakwaan Kes Rogol : IRF Tetap Akan Teruskan Kerjasama Dengan Tariq Ramadan

Share This:

Meskipun terkejut apabila mengetahui ahli akademik tersebut sedang berdepan dengan dakwaan merogol pada tahun lalu, Islamic Renaissance Front (IRF) menjelaskan pendirian mereka bahawa pertubuhan itu akan tetap meneruskan kerjasama profesional dengan Dr Tariq Ramadan.

Pengasas dan Pengarah IRF Dr Ahmad Farouk Musa berkata, IRF berkecuali dalam tuduhan rogol terhadap Dr Tariq Ramadan dan biarlah undang-undang yang menentukannya.

“Kita perlu beranggapan beliau tidak bersalah. Mengambil pandangan alternatif akan menjejaskan prinsip kami.” Kerjasama antara IRF dan Dr Tariq Ramadan bermula pada 2009 sewaktu sarjana tersebut merasmikan pelancaran pertubuhan IRF.

Selain daripada menjemput Dr Tariq Ramadan ke Malaysia, IRF telah menterjemahkan beberapa buah buku hasil pemikiran Profesor yang sedang berhadapan dengan tuduhan merogol terbabit.

Antara buku yang telah diterjemah dan dilancarkan oleh IRF adalah, “Reformasi Radikal: Etika Islami dan Pembebasan” dan “Apa yang Aku Yakini”.

Dr Tariq ditahan untuk siasatan oleh polis Perancis semalam selepas dua aduan rogol difailkan terhadapnya.

Sebelum ini, penulis feminis Hendra Ayani memfailkan dakwaan terhadap professor Universiti Oxford itu atas dakwaan merogol dan melakukan serangan seksual terhadapnya pada tahun 2012.

Tariq Ramadan dikatakan dikritik keras rakyat Malaysia kerana dengan tidak bertanggungjawab mendakwa kaum Cina di Malaysia sebagai warga kelas kedua pada tahun 2015.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*