“Selamatkan Mukriz” dan Bukan “Selamatkan Malaysia”- Penyokong PPBM Ditipu Hidup-Hidup

Share This:

Kamarulazman berkata, dia tergamam apabila pegawai ROS bertanggungjawab bertanya kepadanya mengenai kewujudan dua senarai jawatankuasa berbeza. Dalam mesyuarat luar biasa yang tidak diiktiraf oleh ROS, Mukhriz sekali lagi dinaikkan pangkat ke jawatan timbalan presiden.

Penipuan secara terangan dilakukan oleh Mahathir terhadap penyokong PPBM dan sudah pastinya ianya disokong oleh kroni yang pernah ditaburkan jasa oleh  Mahathir satu ketika dahulu. Tetapi bagi penyokong yang menyokong kerana ketaksuban KLCC , SIC akan terus menyokong seperti “babi buta”

“Perjuangan yang belum selesai” sebenarnya bukan lah perjuangan untuk bangsa Melayu atau Negara, perjuangan yang belum selesai yang dicipta oleh Mahathir itu bukan bersifat patriotik dimana asasnya untuk bangsa, agama dan Negara.

Perjuangan belum selesai Mahathir yang sebenarnya ialah memastikan kedudukan anak manjanya Mukriz dalam politik mendapat tempat untuk jaminan kekayaan keluarga mereka terjamin dan seterusnya menjadikan Negara ini seperti kepunyaan “mak bapak” mereka.

Perkara ini bukan lagi fitnah dan omongan kosong semata mata, tetapi ianya telah terbongkar  dan cuba dinafikan oleh Mahathir walaupun tidak mempunyai kekuatan  fakta untuk menafikannya. Mukriz adalah anak manja yang hanya tahu dan melihat wang sebagai “tuhan” untuk satu kehidupan yang mewah.

“Perjuangan belum selesai” ini juga adalah untuk cucu cucu Mahathir yang kita kita tidak tahu asal agama nya yang mana kita sendiri dapat menilai melalui gaya hidup serta binatang peliharaan mereka serta sokongan terhadap LGBT  dan seakan menjadi amalan mereka.

“Perjuangan Belum Selesai” dan “Selamatkan Malaysia” adalah retorik politik yang mengaburkan mata rakyat. Rata rata didalam PPBM adalah semua kroni Mahathir yang sudah memakan jasa  sewaktu pemerintahan Mahathir iaitu semuanya “penyamun besar”

Memilih Mahathir adalah membenarkan legasi lama  yang rakus  berkuasa kembali. Jadi jika difikirkan semula , apakah yang perlu diselamatkan sekarang. Sedangkan Najib Razak sudah pun menyelamatkan Malaysia dari cengkaman Mahathir.

Mengambil kira semua ini, siapa yang hendak diselamatkan jika pakatan mengambil semula pemimpin lama seperti Mahathir berkuasa semula? Bukan rakyat yang hendak diselamatkan, tetapi legasi lama yang akan diteruskan semula.

Datuk Seri Najib juga pernah berkata dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang lepas, jika ambil pemimpin lama, masalah lama akan berulang kembali.  Masalah yang memebani rakyat.

Akhirnya tiada apa yang perlu diselamatkan lagi. Rakyat yang menyokong Mahathir akan menjadi raja  dalam memastikan kekayaan Negara akan dimanopoli oleh mereka dan hak hak rakyat akan dinafikan. Ini pasti berlaku, kerana sejarah tidak pernah menipu.

Kalau kita menceritakan penderitaan rakyat dan tekanan yang ditanggung semasa pemerintahan Mahathir cukup memilukan. Jadi Allah utuskan Najib Razak sebagai pemimpin untuk menyekat dan meyelamatkan Malaysia hari ini.

“Perjuangan Belum Selesai” dan selamatkan Mukhriz adalah agenda utama yang akan memastikan  Mukris akan berada ditangga kedua dalam politik tanah air. Mahathir menerima jawatan sementara  sebagai Perdana Menteri adalah untuk memastikan  Mukriz berada ditempat yang sepatutnya , iaitu Timbalan Perdana Menteri.

Akhirnya  perjuangan yang beluym selesai selama ini dilaungkan  akan berakhir dan Selamatkan Malaysia untuk mUkriz sudah selesai apabila ianya berlaku. Akhirnya rakyat Malaysia tidak akan selamat kerana yang akan diselamatkan adalah anak Mahathir iaitu Mukhriz.

Dimanakah Wan Azizah ketika itu? Sesiapa yang boleh membaca politik amalan Mahathir , sudsah pasti akan tahu jawapannya. Mahathir sudah pasti memecat Wan Azizah dan mengantikan tempat tersebut kepada sianak manjanya  Mukriz.

Maka, Pakatan Harapan  akan tertipu dengan permainan politik Mahathir dan sudah pastinya  PKR akan melompat  menahan kemarahan apabila  wakil mereka ditendang begitu sahaja. Ini lah permainan Mahathir sejak dahulu lagi.

Sebab itu, Mahathir kata tempoh jadi Perdana Menteri paling ideal ialah dua penggal. Seandainya pakatan menang PRU14 kali ini, Mahathir akan jadi Perdana Menteri sementara, dan beliau sudah pasti akan pecat Wan Azizah yang jadi Timbalan Perdana Menteri.

Oleh kerana itulah Mahathir mahu berkuasa kembali. Untuk selesaikan agenda peribadi dan menyelesaikan “sesuatu” untuk kroninya. Yang kena tanggung kesan adalah rakyat nanti.

Mahathir Mohamad mempunyai sebab tertentu kembali aktif dalam politik sekali gus mengkritik golongan yang meninggalkan parti tersebut.Mahathir akan lakukan sesuatu yang hanya menguntungkannya. Dia sesekali tidak akan lakukan sesuatu yang memenatkan tanpa imbuhan. Anda faham bukan.

Taring diktator Mahathir mula keluar dari rahangnya apabila agenda meletakkan Mukriz ke jawatan seterusnya berjaya dilakukan dalam  PPBM dan sekali gus telah memasukkan Muhyiddin kedalam peti sejuk beku.

Rampasan jawatan telah berlaku sebanyak dua kali dalam PPBM yang mana melibatkan perpindahan jawatan orang lain kepada Mukriz,  Dengan cara ini kuasa  memihak kepada Mahathir dalam apa juga keputusan sudah pasti salah satunya dari anaknya Mukriz.

Pelik bin Ajaib,  didalam PPBM telah pun berlaku dimana  belum pun Mesyuarat Agung Tahunan dijalankan, anaknya, Mukhriz telah diangkat oleh tangan ghaib sebanyak dua kali untuk merampas jawatan dengan cara yang menimbulkan persoalan.

Tanpa pemilihan Mukriz telah naik jawatan tanpa sebarang pemilihan parti dijalankan diperingkat Cawangan , Bahagian yang mencalunkannya. Persolannya yang nyata ialah  bagaimana anak emas ini boleh mendapat kenaikan jawatan tanpa sebarang pemilihan dijalankan.

Mengkritik adalah satu amalan Mahathir, sesiapa yang meninggalkan parti pasti akan dikritik hebat dan pembunuhan karektor akan dilakukan.  Bahaya  bagi Mahathir untuk menyimpan mereka yang mempunyai daya fikiran dan  pandangan serta kritikan terhadap tindakannya.

Sudah pasti ada sesuatu bahaya yang bakal menerjah  Mahathir  dan anaknya Mukhriz, sebelum perkara ini berlaku lebelkan  mereka yang keluar meninggalkan PPBM sebagai sampah yang tidak berguna dan membunuh karakter dan kredibiliti mereka ini  dikalangan pemimpin dan ahli Bersatu.

Mengapa begitu kritis sekali percaturan dalaman ini, sebenarnya tindakan itu juga adalah sebagai langkah Mahathir untuk menutup mulut dalam menyatakan pandangan bahawa Mukhriz tidak mempunyai apa yang perlu untuk menjadi seorang pemimpin politik yang berkebolehan.

Apa yang pasti Mahathir tidak perlu berpura-pura dengan matlamat sebenar perjuangannya dalam PPBM. Kini rakyat sudah mula muak apabila tahu bahawa “Perjuangan Belum Selesai itu adalah untuk Mukriz semata mata.

“Apakah sebenarnya jawatan Mukhriz dalam Bersatu? Sungguh memalukan, ini sepatutnya tidak berlaku. Saya masih ingat lagi jawatan sebenar Mukhriz ketika mesyuarat penaja Bersatu dijalankan. Mukhriz dilantik sebagai bendahari dan saya setiausaha.

“Saya masih ingat lagi bagaimana berlaku ‘perubahan’ (penipuan?) ketika saya serah dokumen pendaftaran Bersatu ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Saya serahkan senarai jawatankuasa Bersatu di mana Mukhriz sebagai bendahari, seperti apa yang diputuskan oleh mesyuarat penaja,” dakwanya.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*