Sejarah Si Kitol Sedang Cuba Diulangi Mahathir

Share This:

Sejarah Melayu seringkali mencatatkan begitu banyak pengkhianatan di lakukan oleh anak bangsanya sendiri sehingga menyaksikan banyak kerajaan Melayu ini dijahanamkan hasil daripada pengkhianatan seperti ini. Selain daripada pengkhianatan ini, banyak nyawa juga turut melayang akibat kerakusan mereka yang begitu tamakkan kuasa dan harta benda.

Lihat sahaja bagaimana runtuhnya sebuah kerajaan Melayu Melaka yang satu ketika dahulu cukup gah dan ampuh di dunia Nusantara. Pada ketika itu, kerajaan mana yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kerajaan Melayu Melaka sehinggakan Kerajaan Maharaja China juga turut terlibat secara langsung dalam hubungan ini.

Namun, semuanya musnah akibat kemarukan kuasa orang yang diamanahkan menjaga pintu Melaka sehingga membenarkan Portugis menakluk Melaka pada 24 Ogos 1511. Hari ini, sejarah yang sama sedang cuba dilakar oleh seorang ahli politik tua yang bernama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bukan baru sekali dia cuba merosakkan negara menerusi sikap tamakkan kuasa dengan berselindung diseballik istilah Selamatkan Malaysia serta bayang-bayang silamnya sebagai bekas Perdana Menteri. Sebelum ini, dia adalah individu yang bertanggungjawab cuba mengheret media antarabangsa untuk menghentam kerajaan menerusi laporan palsu yang dia cuba sebarkan kepada media barat.

The Wall Street Journal, Bruno Manser Fundation, Sarawak Report, Australia Broadcasting Corp adalah antara media yang seringkali digunakan Mahathir untuk memburukkan negara. Hal ini didedahkan sendiri oleh dua individu yang pernah bekerjasama dengannya iaitu Clare Rewcastle Brown dan Javier Andre Justo yang terlibat secara tidak langsung dalam membekalkan isi kandungan perjanjian antara 1MDB dengan PetroSaudi.

Tidak terhenti setakat itu, baru-baru ini dia cuba pula menghasut delegasi Kedutaan Eropah untuk memberi tekanan terhadap kerajaan bagi membolehkan dirinya serta Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14. Antara helahnya adalah, cuba menghasut delegasi kedutaan berkenaan supaya memboikit hasil sawit negara bagi dipasarkan ke pasaran Eropah.

Mainan keji seumpama ini bukan perkara baru buat Mahathir namun apa yang paling disesalkan adalah, cara sebegini bukan sahaja menyebabkan kerajaan yang akan menerima bahananya, malah rakyat biasa terutamanya para peneroka di kesemua 341 Rancangan Felda, akan turut terkesan sekiranya usaha jahat Mahathir ini berjaya mempengaruhi negara-negara Eropah.

Mujurlah, beberapa negara seperti Sweden, Perancis, Britain dan Belanda, menolak apa yang dicadangkan oleh Mahathir ini. Bagi mereka, mencampuri urusan sesebuah negara bukanlah stu perkara yang boleh diterima oleh Eropah. Malah, untuk memboikot minyak kelapa sawit dari di pasarkan di Eropah juga merupakan satu usaha yang karut dan tidak akan mungkin berlaku.

Nampaknya, Mahathir benar-benar cuba mengulangi pengkhianatan Si Kitol hanya untuk kuasa dan kebendaan. Mahathir sudah tidak mempedulikan lagi nasib rakyat yang akan menerima kesan dari perbuatan khianatnya. Bagi Mahathir, asalkan dapat berkuasa semula, itu sudah lebih dari mencukupi walaupun dia terpaksa menyaksikan Malaysia hancur ditelan oleh kemarahan dan ketamakan hawa nafsunya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*