Saya Tetap Undi Rosak, Walau Dihukum Masuk Neraka – Abdul Adieka Amirul

Share This:

Seorang aktivis kempen #UndiRosak ,Abdul Adieka Amirul, berikrar akan tetap merosakkan undi beliau meskipun akan dihukum masuk neraka sekalipun.

Memetik sumber mengatakan, aktivis Komuniti Muslim Universal (KMU) – NGO yang memperjuangkan hak golongan LGBT itu turut mengaku tidak memeluk Islam ala Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Tegas beliau, “Maaflah, aku tak memeluk Islam ala PAS. Walau aku dihukum masuk neraka sekalipun, aku tetap akan #UndiRosak.”

Sebelum ini, pelajar dalam bidang perundangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu juga pernah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila beliau seolah-olah tidak keberatan untuk menyeru sembahan-sembahan penganut agama Kristian dalam doanya supaya memberkati penganut-penganut agama Kristian di seluruh dunia, terutamanya Sivin Kit, tokoh gereja yang dilawati oleh beliau di dalam sebuah program anjuran KMU.

Ucapan penghargaan Abdul Adieka yang disertai dengan doanya, “Juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Sivin Kit yang mewakili Bangsar Lutheran Church kerana menerima kami sebagai tetamu.

Semoga Tuhan Yesus memberkati tuan dan seluruh umat Kristian di seluruh dunia.” Atas nama kepercayaan triniti agama Kristian, Abdul Adieka juga telah memberi kebenaran untuk gereja Sivin Kit menggunakan gambar-gambarnya, “In the name of Father, Son and Holy Spirit.”

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*