#PRU14 : NGO Tampil Jawab Segala Kekeliruan Rakyat Tentang Kempen #UndiRosak

Share This:

Kempen undi rosak yang diperjuangkan oleh pembangkang akan merosakkan proses demokrasi yang selama ini sudah bertapak lama di Malaysia dan memastikan negara ditadbir dengan baik oleh Barisan Nasional (BN).

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menganggap ia hanya akan merosakkan kestabilan negara kerana pilihan raya tidak akan dapat dijalankan dengan lancar kerana terdapat banyak undi rosak.

Presiden PMSP, Ramesh Rao dalam satu kenyataan hari ini berkata Pakatan Harapan (PH) sudah tahu mereka tidak akan menang dan membentuk kerajaan pada PRU14 nanti kerana BN masih kuat dan terus diterima oleh majoriti rakyat membuatkan mereka membuat cadangan ini.

“Ini adalah taktik pakatan untuk menggagalkan kemenangan mutlak BN dengan adanya banyak undi rosak. Jika rakyat pangkah BN pada kertas undi nanti, mereka akan kalah teruk.

“Pakatan cuba rosakkan lagi persepsi rakyat dengan cadangan yang tidak masuk akal ini yang hanya mahu merosakkan proses pemilihan kerajaan untuk mentadbir negara,” katanya.

Menurut beliau, kali ini beliau bersedia untuk menjawab kekeliruan orang ramai dan rakyat jika masih tidak faham betapa bahayanya kempen undi rosak ini kepada negara.

“Kalau tak faham tanya, kalau keliru tanya, kalau ada soalan tanya, saya akan jawab soalan anda, marikan kita bersama-sama dengan Barisan Nasional untuk negara Malaysia yang terbaik,” kata Ramesh.

Kempen dengan hashtag #UndiRosak itu digerakkan di laman sosial Twitter, didakwa bukan bertujuan untuk mempengaruhi kepercayaan pengundi, kononnya mendidik mereka untuk beri pengajaran kepada pembangkang.

Ia mula muncul pada 7 Januari lepas selepas Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Pengerusinya, Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika menang pada PRU14 nanti.

Fokus utama ialah mengajak golongan muda merosakkan undi pada pilihan raya umum itu.

Ramesh berkata, kempen itu berselindung di sebalik pakatan yang sebenarnya bersungguh-sungguh mahu lihat BN gagal pada PRU kali ini tidak kira atas sebab kalah atau majoriti BN semakin berkurangan.

“Mereka sudah betul-betul terdesak kerana Mahathir tahu BN begitu mustahil untuk dikalahkan kerana rekod perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.

“Raykat Malaysia bukan senang-senang mahu beri undi rosak pada PRU14 nanti kerana mereka tahu akan akibatnya, jika ada yang keliru dan ada soalan, saya akan jawab berkaitan kempen berkenaan,” kata Ramesh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 27 Januari lepas juga mahu rakyat jangan terpengaruh dengan kempen berkenaan.

“Saya sebut perkara ini kerana ada pihak yang mahu memecah dan merosakkan kita (Barisan Nasional) terutama pada PRU akan datang dan mereka buat (kempen) #undirosak.

“Mereka jadikan #undirosak ini sebagai satu trending untuk rosakkan PRU.

“Kita harus melihat bahawa hari pengundian sama ada (rakyat) undi kerajaan sedia ada atau tidak adalah hak masing-masing, tetapi demokrasi mesti dilaksanakan,” kata Ahmad Zahid dalam laporan portal Berita Harian.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*