Projek KTCC-LTSM Tidak Libatkan Tanah Penduduk

Share This:

Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, menteri besar Terengganu menjelaskan bahawa projek pembinaan dan naik taraf jalan pantai menghubungkan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dengan kos RM60 juta tidak melibatkan tanah penduduk.

Beliau berkata, laluan asal yang terkena tanah penduduk telah dialih ke laluan baharu di pesisir pantai.

“Projek jalan itu nanti tidak akan melibatkan pengambilan tanah penduduk kerana sebahagiannya dibina di atas kawasan pantai yang ditambak …benteng-benteng akan dibina bagi melindungi laluan ini daripada hakisan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah jalan pantai yang menghubungkan KTCC dan LTSM di sini, hari ini.

Menurut sumber, turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Katanya, projek biayaan kerajaan persekutuan sepanjang 6.8km membabitkan dua pakej itu akan diperindahkan dengan landskap yang pasti memberi lebih banyak manfaat kepada penduduk terutamanya dari segi pelancongan.

Ahmad Razif berkata, pakej pertama membabitkan laluan sepanjang 3.8 km dari Jalan Ketapang Pantai sehingga ke Muara Utara di KTCC dijangka siap sepenuhnya pada Ogos tahun ini manakala fasa kedua sepanjang tiga kilometer laluan baharu yang kini dalam proses reka bentuk dijangka siap pada April 2019.

Bagi melonjakkan lagi sektor ekonomi di negeri itu, KTCC dikatakan adalah antara projek infra rakyat yang dilaksanakan kerajaan persekutuan melalui ECERDC dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*