Pembangkang Tidak Setuju Perkongsian Hasil Negara Bersama Rakyat

Share This:

Allah s.w.t. berfirman dalam kitab suci al-Quran bermaksud: ‘ Manusia diperintah Allah untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya (QS. 4 : 58),

Meski pun demikian, walaupun terdapatnya tentangan terhadap perlaksanaan pelbagai skim kerajaan untuk rakyat. Najib Razak sebagai seorang  Perdana Menteri terus melaksanakannya dalam kepelbagaian cara.

Najib Tun Razak telah melancarkan Skim untuk semua rakyat menikmati hasil Negara bersama. Dari anak kecil yang baru lahir hingga ke seorang warga emas, dari saorang belia kepada usahawan, dariui usahawan ke koporat semuanya ada didalam  perkongsian hasil Negara.

Maka dengan itu sebuah kerajaan yang adil tanpa memikirkan pelbagaian kaum dan bangsa akan melakukan pengagihan hasil dengan adil. Tetapi sesetengah pihak masih tidak memahaminya dan mungkin ada yang sengaja ingin buat tidak faham akan soal ini.

Sehingga hari ini sebanyak 92 skim dan projek untuk rakyat telah dilaksanakan dan sedang dalam perlaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan untuk semua golongan  rakyat di Malaysia. Namun pda minda pembangkang itu hanya satu pembaziran semata mata.

Rasanya tiada yang tertinggal dan tiada yang terpinggir dalam menikmati kemakmuran Negara sekarang. Dari golongan kaya sehingga ke golongan miskin dan juga  di pendalaman. Asalkan namanya rakyat Malaysia dalam kepelbagaian bentuk skim dan bantuan serta pembangunan yang bersesuaian diberikan kepada rakyat.

Tetapi dengan kemakmuran ini ada dikalangan rakyat yang masih cuba menafikan nikmat dan kemakmuran yang mereka terima, ada diantara mereka sanggup membakar dan menyalakan api kehancuran kepada Negara hanya kerana perkara yang sememangnya perlu dilakukan.

Sikap tamak dan haloba mula menguasai diri sebilangan rakyat yang mula kufur nikmat yang dikecapi dan mahukan segala yang ada di Malaysia ini diberikan secara percuma tanpa  memikirkan dari mana sumber yang bakal diambil oleh kerajaan untuk tujuan itu.

Hasutan demi hasutan dilakukan oleh golongan yang tamak ini tanpa memikirkan nasib rakyat dikampung dan pendalaman apabila kepincangan yang dilakukan dahulu diolah semula dan meminggirkan hak hak rakyat yang sepatutnya dikecapi sekian lama.

Ramai diantara mereka terutama pihak pembangkang di Malaysia mempertikaikan dasar kerajaan yang membuat agihan hasil Negara kepada rakyat. Ada juga yang menyangkal dapat menikmatinya dengan menafikan segalanya.

Pakatan yang sedang memerintah dalam dua buah negeri di Malaysia  telah gagal sebagai sebuah kerajaan negeri dalam memastikan perkongsian hasil negeri kepada rakyatnya. Kegagalan yang dilihat sebagai salah satu kelemahan sistem yang diamalkan.

Amalan dasar yang lemah dan hilang hala tuju serta salah guna kuasa oleh kerajaan DAP telah menyebabkan berlakunya agihan tidak betul dalam sumber negeri yang terhad dan tidak memberikan impak kepada rakyat.

Malah Kerajaan DAP  menumpukan kepada pemberian manfaat kepada mereka yang mempunyai hubungan serta kaitan politik, sementara kebanyakan rakyat yang lebih memerlukan terus diketepikan. Hasilnya rakyat hanya mampu melihat setiap pembangunan yang dilakukan tanpa dapat menikmatinya.

Bertitik tolak dengan perkara itu, pembangkang di Malaysia terutama bangsa melayu terus mempertikaikan tahap kemiskinan, perumahan dan segalanya yang mana serba tidak kena dimata mereka. Tetapi bagaimana mereka berusaha untuk bersama kerajaan membasmikannya?

Sedangkan pada masa yang sama mereka ini (pembangkang) langsung tidak membantu kerajaan dalam memakmurkan Negara ini. Tugas mereka ialah hanya untuk mengagalkan segala yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat.

Pembangkang hanya mahu melihat rakyat meminta minta kepada mereka, rakyat yang hidup dalam kemiskinan tanpa  kemudahan asas yang terbaik dan akan dilayan hanya  bila hampir pilihanraya. Oleh itu tidak hairanlah bagaimana setiap pembangunan untuk rakyat sudah pastinya akan mendapat tentangan dari pihak pembangkang.

Jika dahulu setiap pembinaan yang dilakukan , rakyat terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk menikmati dan memberikan kekayaan kepada pihak konsesi yang telah dilantik. Namun pada hari ini, pemerintah yang sedemikian sudah tiada lagi bersama kerajaan dan sudah menjadi pembangkang.

Jadi dengan ruang dan peluang yang ada sekarang banyak perkara untuk rakyat dapat dilakukan. Jika dahulu kita masih mempunyai DEB iaitu Dasar Ekonomi Baru yang mana untuk meningkatkan kualiti orang Melayu dan mampu bersaing dengan kaum lain dalam ekonomi.

Dasar Ekonomi Baru telah ditamatkan pada tahun 1991. Sebagai langkah alternatifnya dua pendekatan diambil yang diharap akan dapat membawa kepada satu perubahan yang adil dan saksama bagi semua pihak iaitu pendekatan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.

Menyusun dan membasmi kemiskanan dalam sebuah Negara bukan boleh dilakukan dalam sekelip mata dan bukan boleh dilakukan sejarak masa 20 tahun, ianya memerlukan satu bentuk perancangan yang amat tersusun  untuk mencapai matlamat kearah itu.

Matlamat untuk pencapaian 30% koata bumiputra dalam ekonomi tidak tercapai dalam masa 20 tahun, tetapi sekurangnya  telah ada bumiputera yang mula melangkah dalam peratusan tersebut dan mula bergerak maju kehadapan dan tidak seperti sebelum ini.

Dalam hal ini kerajaan melalui Mageran (Majlis Gerakan Negara) ialah untuk pembangunan Malaysia pada tahun akan datang, pengagihan peluang kekayaan mesti dibuat dengan adil dan saksama. Peangihan sumber ini lah yang dilakukan oleh kerajaan untuk semua golongan rakyat secara adil.

Sedikit atau banyaknya pangagihan sumber itu bergantung kepada keperluan yang terpenting dahulu dan keperluan rakyat yang mesti dilaksanakan demi memastikan  rakyat menikmatinya. Sikap bertoleransi ini telah memberikan impak  kerjasama erat dinatara kaum.

Hal ini dapat dibuktikan lagi apabila  dalam Rancangan Malaysia ke 9,  hal yang berkaitan dengan kepentingan bumiputera, kepentingan Melayu, hasil keputusan jemaah menteri yang dalamnya ada wakil-wakil bukan dari UMNO, hasil yang diluluskan oleh Parlimen yang terdiri bukan hanya daripada orang Melayu sahaja.

Jadi, apa yang berlaku sekarang di Malaysia ialah sikap bahu yang mengalas amanah dan bagaimana keikhlasan untuk melaksanakan atas nama rakyat. Bukan atas nama kepentingan individu yang membebankan rakyat atas nama kuasa dan jawatan yang disandang.

Demografi penduduk dalam negara kita ini memerlukan kita berfikir dan memutuskan bahawasanya sebaik kerajaan yang mempunyai kekuatan mestilah berupa kerajaan berkongsi kuasa seperti Barisan Nasional.

Jalan pilihan yang pertama dan terakhir adalah muafakat antara kaum dan sebaik-baik muafakat antara kaum yang terbukti kejayaannya adalah muafakat dalam Barisan Nasional. Masihkah kita mahulagi sebuah kerajaan yang mengamalkan dasat pensawastaan dan persyarikatan Malaysia dimana beban kerugian kerajaan melalui projek ditanggung oleh rakyat.

Justeru itu, jangan kufuri nikmat yang dikecapi, bersyukur dan setiap nikmat dan kemakmuran yang dikecapi itu adalah hasil dari pemerintahan yang bijak dan melakukan agihan nikmat yang diberikan Allah kepada rakyatnya.

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*