PAN Cuba Rosakkan Kepimpinan BN Di Johor

Share This:

Parti Amanah (PAN) sebenarnya adalah jelmaan parti DAP tetapi dalam topeng Melayu kerana ia ditubuhkan bertujuan untuk menjadikan perpaduan bangsa Melayu huru-hara dan lambat laun berpecah belah supaya parti Melayu UMNO juga rosak.

Negeri Johor yang menjadi sasaran DAP dalam PRU14 kali ini sudah jadi mangsa serangan dari PAN yang cuba mempertikaikan kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam soal perumahan mampu milik di negeri tu.

Timbalan Pengerusi PAN Johor, Dzulkefly Ahmad mempertikaikan usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang begitu agresif dalam menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat negeri itu.

Ahli Persatuan Pemikir Muda Johor Fikri Alauddin tampil menjawab tuduhan Dzulkefly melalui satu kenyataan hari ini.

Ini membuktikan betapa PAN begitu mencemburui kepimpinan BN yang dipimpin oleh Mohamed Khaled.

Berikut adalah kenyataan dari Fikri : –

AMANAH JOHOR CEMBURUI KEPIMPINAN MB JOHOR

Kami terpanggil apabila melihat tindakan Hj. Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Johor yang mempertikai usaha dan inisiatif kerajaan negeri Johor yang begitu agresif dalam menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat Johor.

Malah lebih memalukan beliau sendiri cuba memainkan semula beberapa isu yang masih dalam siasatan pihak berkuasa dan cuba mengelirukan rakyat Johor;

1. Hj. Dzulkefly dan seluruh rakyat Johor sedia maklum bahawa isu rasuah Johor yang melibatkan bekas Exco Perumahan, Datuk Abd Latif Bandi masih dalam siasatan dan sedang berjalan perbicaraanya.

Adalah tidak adil bagi AMANAH Johor lantang dalam mengecam sebelah pihak sahaja sedangkan kepimpinan Pakatan Harapan sendiri terpalit dengan isu rasuah yang jauh lebih besar.

Sebagai contoh, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri sedang berhadapan skandal terowong dasar laut yang menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang kehilangan berbillion ringgit.

Di mana suara AMANAH?

2 Kedua, beliau membangkitkan dokumen isu rasuah Johor yang bocor di laman sosial yang cuba dikaitkan dengan Menteri Besar Johor.

Dalam isu ini, Hj. Dzulkefly sedang menjerat diri beliau sendiri. Pertama, perunding hartanah yang juga Orang Kena Tuduh (OKT) kes tersebut telah membuat laporan polis dan menafikan semua kandungan dokumen, malah ia bercanggah dan fitnah semata.

Selain, pihak SPRM sendiri telah menafikan pembayaran yang dimuat naik di media sosial yang dikaitkan dengan siasatan, sengaja diada-adakan untuk mengelirukan masyarakat.

Lebih mengejutkan, pihak yang tidak bertanggungjawab yang memuat naik dokumen tersebut juga telah ditahan oleh pihak polis ialah bloger terkenal pembangkang, Milosuam.

Tindakan AMANAH yang cuba menjadi jaguh akhirnya bakal menjejaskan siasatan dan prosiding mahkamah. Adakah AMANAH sedang menyelamatkan mereka ini dari terlepas dari tindakan undang-undang?

3 Begitu juga terhadap isu bilik kebal Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor yang dikatakan bolos menyebabkan kecurian dokumen adalah satu tuduhan fitnah.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor menegaskan bahawa Bilik Kebal Pentadbiran Tanah Johor tidak dibolosi.

Malah tidak terdapat sebarang kehilangan dokumen pemilikan tanah sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak tertentu.

4. Berkait rapat soal Laporan Bank Negeri menyatakan Johor negeri tertinggi hartanah kediaman tidak terjual adalah ia melibatkan hartanah mewah dan tidak melibatkan langsung perumahan mampu milik.

Malah situasi ini juga dihadapi oleh Selangor (21%), Kuala Lumpur (14%) dan Pulau Pinang (8%). Jika perkara tersebut diambil kira, maka Azmin Ali dan Lim Guan Eng juga gagal di Selangor dan Pulau Pinang.

5. Apabila beliau menyentuh soal mahu menghapuskan Kuota Menegak Kerajaan (KMK) ia ibarat Hj. Dzulkefly sedang mahu menafikan usaha kerajaan yang mahukan lebih ramai golongan Bumiputera untuk memiliki rumah.

Beliau seharusnya tahu bahawa pelaksanaan Kuota Menegak Kerajaan (KMK) dalam membantu orang awam khasnya Bumiputera yang berpendapatan rendah memiliki rumah mampu milik dan mengikuti prosedur yang ketat seperti yang telah ditetapkan.

6. Beliau juga mempertikai jumlah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang telah disiapkan oleh kerajaan negeri Johor. Sedarkah beliau bahawa, sejak 2014 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 16,010 unit RMMJ telah berjaya disiapkan. Dan mensasarkan 60, 000 unit RMMJ menjelang 2020.

Ini bermakna, Johor
telah melepasi 27% daripada sasaran tersebut dalam tempoh hanya 3 tahun. Malah pelbagai lagi inisiatif perumahan yang langsung tidak disentuh oleh Hj. Dzulkefly.

Sebagai contoh, melalui pembentangan Bajet Johor 2018 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM75 juta akan disediakan pada tahun hadapan bagi tujuan penyediaan rumah-rumah sewa oleh PBT.

Skim Sewa Beli Jauhar Prihatin yang baru sahaja dilancarkan oleh Kerajaan Negeri dilihat dapat membantu rakyat memiliki rumah khususnya bagi golongan muda.

Skim ini juga telah menawarkan pengurangan harga rumah sebanyak 10 peratus daripada harga asal.

Seterusnya, Program Rumah Transit Belia Johor akan diperkenalkan melalui kerjasama dengan Jabatan Perumahan Negara di bawah Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) kadar sewa RM250 sebulan.

Dan banyak lagi inisiatif perumahan yang telah dilaksanakan di bawah pemerintahan Menteri Besar Johor.

Malah segala angka dan fakta kejayaan ini jauah meninggalkan Selangor dan Pulau Pinang yang diketahui masih gagal melaksana dan membina perumahan mampu milik untuk rakyat di negeri tersebut.

Kesimpulannya, kami faham, beliau dan AMANAH Johor dalam tempoh berdukacita akibat kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN Johor dalam agihan rasmi Pakatan Harapan Johor.

Tetapi adalah tidak wajar melepaskan kemarahan dan kekecewaan tersebut kepada kepimpinan kerajaan YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin semata-mata mahu meraih kembali kepercayaan ahli akar umbi AMANAH Johor.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*