Nurul Izzah Lari, Takut Kalah Di Lembah Pantai

Share This:

Kini orang tertanya-tanya apakah naib presiden PKR itu boleh mengekalkan kerusi yang bakal ditandingi. Mengikut kajian badan penyelidik media sosial, Politweet baru-baru ini dalam simulasi keputusan PRU14 menyenaraikan Lembah Pantai antara 10 kerusi PH yang bakal dirampas oleh Barisan Nasional (BN).

Kini Nurul Izzah akan turut berdepan dengan cabaran baharu pertembungan tiga penjuru kerana terpaksa berdepan dengan bekas sekutu PAS yang sudah mengumumkan bakal bertanding di kerusi itu walaupun masih belum menamakan calon.

Persoalan kini timbul apakah PKR dan Pakatan Harapan (PH) dapat mempertahankan kerusi tersebut sekiranya persempadanan baharu yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diguna pakai pada PRU14 akan datang.

Apabila ditanya sebelum ini adakah beliau akan mempertahankan kerusi,beliau dikatakan akan menyerahkan keputusan untuk bertanding di kawasan lain sekiranya ada arahan daripada parti.

Sebelum ini pun dikatakan beliau tidak peduli pengundi lembah pantai , beliau seolah-olah lebih mengutamakan parti dan parti adalah lebih penting daripada pengundi-pengundi di Lembah Pantai.

Adakah mungkin ini boleh dijadikan sebagai alasan untuk beliau tidak boleh mempertahankan kerusi? Nurul Izzah mungkin sedang cuba menyusun alasan untuk lari kerana takut kalah di Lembah Pantai ?

Shahrizat yang juga ketua Wanita Umno sebelum ini juga mendakwa Nurul Izzah kini takut untuk mempertahankan kerusi itu pada PRU akan datang.

Menurut Shahrizat,beliau dikatakan mendapat maklum balas yang mengatakan pengundi merungut apabila wakil rakyat tiada.Sama ada betul atau tidak, ini maklum balas yang diterima.

Memetik sumber dalaman mengatakan, sebelum ini penduduk flat Pantai Dalam dikatakan masih memuji Raja Nong Chik, dan menyatakan bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu tetap hadir walaupun tewas kepada Nurul Izzah hampir lima tahun lalu.

Mengkritik penyandangnya sebagai tidak ada, seorang penduduk dengan jelas membandingkan Raja Nong Chik dengan ayah Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan berkata kedua-dua pemimpin itu adalah dari generasi ahli politik yang berkhidmat dengan turun padang bertemu rakyat di kawasan parlimen.

Justeru, pilihan di tangan pengundi lembah pantai sendiri yang dapat membandingkan yang mana lebih serius dalam memimpin dan mendengar luahan rakyat. Jika benar Nurul Izzah ingin mempertahankan kenapa perlu takut dan menyerahkan keputusan pada parti?

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*