Mahathir, LGBT Dan Gay Memang Sukar Dipisahkan

Share This:

Kebelakangan ini, kelompok pengamal gaya hidup songsang manusia normal iaitu golongan LGBT nampaknya semakin berani tampil bersuara. Jika dahulu, kelompok ini lebih senang menyembunyikan kecenderungan mereka, hari ini, mereka sudah berani untuk menyuarakan hak dan kecenderungan mereka kepada umum.

Satu ketika dahulu, sekitar tahun 1990an, kelompok ini sukar untuk dikenal pasti. Malah, sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir, sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim di pecat dari semua jawatannya atas alasan salah laku, barulah rakyat negara ini mengenali apa itu gay dan lesbian dengan lebih dekat.

Ironinya, perkataan gay itu sendiri seolah-olah cukup sinonim dengan Mahathir. Manakan tidak, sewaktu pentadbirannya, Anwar yang merupakan timbalannya, di pecat disebabkan kecenderungan seksual Ketua umum PKR itu.

Lebih hebat lagi, kecenderungan salah seorang anak Mahathir, Marina juga menimbulkan tandatanya. Hari ini, umum sedia maklum bahawa Marina merupakan salah seorang aktivis LGBT yang paling lantang bersuara. Malah, anak angkat Mahathir sendiri turut mengamalkan kehidupan songsang apabila beberapa keping gambarnya tersebar meluas di Facebook dan media sosial yang lain.

Terbaru, dipercayai, abang kepada Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman dilihat begitu mempertahankan hak golongan gay sehinggakan sanggup menolak ketepi prinsip agama yang melarang sama sekali hubungan sejenis ini diadakan. Malah, Syed Saddiq sendiri turut mengamalkan kehidupan bebas seperti yang diserlahkan dalam banyak gambar yang tersebar sebelum ini.

Lebih hebat lagi, Mahathir yang selama berbelas tahun mempersendakan kecenderungan Anwar, hari ini sudah mampu menjalinkan kerjasama erat demi mahu merampas kuasa pemerintahan. Tiada lagi kata nista seperti yang pernah Mahathir ungkapkan dalam banyak sidang medianya sebelum ini. Lebih dahsyat lagi, Mahathir rela bekerja di bawah orang yang dituduhnya sebagai gay dan tidak bermaruah.

Nampaknya, kehidupan Mahathir memang sukar untuk dipisahkan dengan golongan LGBT dan gay. Bermula dengan pertuduhan gay terhadap timbalannya, penglibatan anak dan anak angkatnya dalam hubungan sejenis serta memperjuangkan LGBT, menjalinkan kerjasama dengan kelompok gay dan pengamal LGBT dan terkini, sanggup beekerja di bawah individu yang dilabelkannya sebagai tidak bermaruah dan gay.

Semua itu menampakkan bahawa Mahathir memperakui hak golongan LGBT dan tidak mustahil, seandainya dia berkuasa kelak, kelompok ini mendapat keistimewaannya yang tersendiri walaupun pengamal LGBT ini di kecam oleh masyarakat dan secara terang-terangan melanggar apa jua prinsip kehidupan manusia normal dan amat menyalahi hukum hakam agama, tidak kira Islam, Kristian, Buddha, Hindu mahupun apa jua jenis agama di dunia ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*