Letih Rogol OKU, Suspek Sempat Tidur Lima Jam

Share This:

Perbuatan keji apabila seorang lelaki tergamak merogol wanita yang kurang upaya (OKU) malah, lebih biadap apabila turut tidur di rumah mangsa dalam satu kejadian di Serdang, Bandar Baharu, Selasa lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, wanita yang berusia 36 tahun tersebut didakwa ditumbuk sebelum dirogol oleh suspek di dalam bilik tidur milik mangsa.

Memetik beberapa laporan, difahamkan suspek turut sempat tidur selama hampir lima jam berikutan letih selepas merogol mangsa sebelum melarikan diri sebaik tersedar.

“Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada seorang lelaki yang tinggal di kawasan terbabit. Dia kemudian dibawa lelaki itu untuk membuat laporan di Balai Polis Serdang untuk tindakan selanjutnya,” kata sumber seperti dipetik sebuah media hari ini.

Sumber berkata lagi, suspek berjaya diberkas oleh pihak polis kira-kira satu jam selepas laporan dibuat dan mangsa pula dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Baruddin Wariso mengesahkan berhubung kes terbabit dan memberitahu suspek kini berjaya ditangkap.

Siasatan lanjut dilakukan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (2) (K) Kanun Keseksaan,manakala suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*