Kesan Islamisasi, Pemakaian Hijab Meresap Terlalu Meluas Dalam Komuniti Islam Di Malaysia-Dr Chandra

Share This:

Dalam kenyataan dibuat oleh Dr Chandra Muzaffar, Pengerusi Yayasan 1Malaysia dalam sebuah forum anjuran kumpulan G25 di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, Selangor pada hari Sabtu, 27hb Januari 2018 lepas, beliau menyatakan bahawa pemakaian hijab meresap terlalu meluas dalam komuniti Islam di negara berbanding dengan komuniti-komuniti Islam di negara-negara lain.

“If you want to look for an expression of the change, you know the way with the hijab, which became so pervasive within the Muslim community in this country, compared to Muslims communities elsewhere,” beliau telah dipetik sebagai berkata demikian.

Dr Chandra selanjutnya mendakwa, “Kamu boleh pergi ke negara yang mana majoriti warganya penganut agama Islam seperti Mesir atau Turki, namun pemakaian hijab tidak terlalu meresap dalam komuniti mereka sepertimana yang dapat dilihat di negara ini.”

“Bermula lebih kurang daripada tahun 80-an, seterusnya sehingga kepada masa kini sehinggakan wanita-wanita yang tidak berhijab pula yang sebenarnya menjadi minoriti dalam negara ini.”

Menurut sumber, Dr Chandra Muzaffar yang merupakan antara pelopor gerakan Rukunegara Mukadimah Perlembagaan (RMP) bersyarah tentang proses Islamisasi yang meresap masuk ke dalam Malaysia bermula pada awal tahun 70-an dan 80-an dan bagaimana menguruskan perkara tersebut dengan menjadikan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara sebagai rujukan dalam menguruskan proses Islamisasi dan masyarakat majmuk di negara ini.

Gerakan RMP telah mendapat reaksi dan penentangan banyak pihak termasuklah daripada salah seorang yang terlibat dalam penggubalan Rukun Negara itu sendiri iaitu Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Persoalaannya, adakah kesan proses islamisasi itu yang menyebabkan pemakaian hijab meresap terlalu meluas dalam komuniti Islam di negara ini berbanding dengan komuniti-komuniti Islam di negara-negara lain? Pemakaian hijab itu meresap secara meluas dalam komuniti Islam di negara ini adalah menepati Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan, iaitu kepercayaan mereka pada tuhan dan bukannya secara paksaan.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*