Jangan Tertipu, Hanya Cangkuk Itu Sahaja Emas Padat 916

Share This:

Pada kebiasaannya untuk mencari emas tulen pasti akan tertulis emas 916 di cangkuk gelang emas, atau barang kemas. Jangan tertipu.

Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abibullah Samsudin, berkata kebanyakan emas yang dijual di kedai emas bukan emas mampat, tetapi jenis berlubang (hollow).

Menurutnya, banyak penggadai yang menghantar barang kemas ke Ar-Rahnu YaPEIM menyangka barang kemasnya betul2 padat. Jika hendak disaman kedai berkenaan, mereka akan menyatakan tanda emas tulen 916 diletakkan di cangkuk.

Menunjukkan hanya cangkuk tu betul emas padat 916. “Kami dapati sesetengah barang kemas diisi dengan dawai besi, pasir dan sebagainya.

“Inilah sebabnya YaPEIM sudah mulakan penjualan emas patuh syariah,”katanya dalam majlis YaPEIM bersama media, di Kuala Lumpur.

Diambil daripada Facebook Penyubaru

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*