EKSKLUSIF : Delegasi Lembaga Peperiksaan Berlepas Ke Kemboja Dalam Misi Kemanusiaan

Share This:

Seramai 22 orang Pegawai dan bekas Pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Kementerian Pendidikan berlepas ke Phom Penh semalam dalam Misi Kemanusiaan Kemboja 2018 untuk menyampaikan bantuan kemanusian kepada penduduk di negara berkenaan yang memerlukan.

Menurut Ketua Penyelaras Misi Rushdi Mohamed yang juga Ketua Sektor di LPM, delegasi Malaysia akan berada di Kemboja selama empat hari untuk menyampaikan sumbangan keperluan berkenaan.

“Misi Kemanusiaan Kemboja 2018 pada kali ini, kita mensasarkan untuk menyampaikan sumbangan pakaian, telekung sembahyang termasuk juga Al-Quran. Kita juga telah sampaikan ialah pam perigi yang berjumlah 29 set dengan harga setiap satu berharga RM1,500.

“Alhamdulillah, hasil sumbangan warga Lembaga Peperiksaan, warga Kementerian Pendidikan dan juga ahli keluarga kita telah pun berjaya mengumpul pam sahaja anggaran keseluruhan RM43,500 disamping sumbangan kewangan hampir RM5,000,” katanya ketika ditemui PRU14 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Rushdi berkata program kali ini adalah yang pertama kali membawa bersama pegawai LPM tetapi ia adalah kesinambungan dari misi-misi yang lain diadakan sebelum ini.

“Sebenarnya kita telah meneruskan kesinambungan misi-misi kita sebelum ini iaitu sumbangan kewangan kepada fakir miskin sejak lima enam tahun yang lepas itu melalui program semasa bulan puasa, Ihya’ Ramadan.

“Kita ada sumbangan Hari Raya termasuk juga korban di mana setiap tahun antara lima ke 10 ekor lembu dan kambing kita korban di Kemboja,” kata beliau.

Delegasi 22 orang dari Malaysia diketuai oleh seorang lagi Ketua Sektor Sektor di LPM iaitu Mohd Khidzir Ahmad.

Mereka akan berada di Kemboja di beberapa buah kampung yang didiami oleh orang Islam Kemboja untuk menyerahkan sumbangan berkenaan.

Difahamkan pam perigi yang disumbangkan dipasang di depan kawasan surau di kampung berkenaan untuk memudahkan penduduk di sana mengambil wudhuk kerana kesukaran mendapatkan bekalan air yang bersih.

Antara kampung Muslim yang akan dilawati oleh delegasi Malaysia ialah di Wilayah Tbong Khmom.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*