Azmin Dan Lim Guan Eng Semakin Disisih Oleh Rakan Sendiri

Share This:

Satu ketika dahulu, nama Datuk Seri Azmin Ali dan Lim Guan Eng disebut-sebuat sebagai pemimpin pelapis terbaik dari Pakatan Harapan. Pelbagai propaganda disebarkan hanya untuk mempopularkan nama Azmin dan Guan Eng ini sehinggakan Azmin akhirnya diangkar sebagai Menteri besar Selangor pada 2014 dan Lim Guan Eng kekal menerajui Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri selama 2 penggal sejak 2008.

Itu semua cerita dahulu dan hari ini, kedua-dua individu ini seolah-olah disifatkan oleh kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan sebagai menyusahkan dan membebankan. Manakan tidak, Lim Guan Eng hari ini dihimpit dengan senarai panjang salah guna kuasa serta begitu banyak skandal sehinggakan pemimpin DAP negeri sendiri juga menjauhinya.

Bagi Azmin pula, sikapnya yang seringkali tidak selari dengan apa yang diputuskan oleh kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan menyaksikan dirinya disisih. Malah, dia dilihat keseorangan dalam usaha memujuk PAS untuk kekal memberikan sokongan kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Mari kita lihat nasib Lim Guan Eng yang boleh dikatakan sedang mengira hari-hari getir sebelum beberapa kes salah guna kuasanya di bicarakan pada Mac kelak. Semasa dia berada di puncak kuasa, semua pihak harus akur kepada apa yang diputuskan oleh Lim Guan Eng walaupun DAP Pulau Pinang mempunyai pengerusinya sendiri yang mana dia bukanlah pengerusi perhubungan DAP negeri.

Hebat dan egonya Lim Guan Eng sehinggakan ada yang menggelarkannya dengan gelaran “tokong” oleh rakan sekutunya sendiri. Kejatuhan Lim Guan Eng bermula apabila dia mula melancarkan serangan politik terhadap PAS yang menyaksikan PAS memutuskan tahaluf siyasi mereka dengan DAP pada 2015. Tindakan PAS ini menyaksikan Pakatan Rakyat yang dibina, hancur dan digantikan dengan Pakatan Harapan.

Sejak itu, Lim Guan Eng mula berhadapan dengan siri pendedahan terhadap banyak skandal pemerintahannya sehinggalah yang terbaru, melibatkan isu terowong. Menariknya, sepanjang asakan ramai terhadap Lim Guan ENg ini berlaku, hampir tiada walau seorang pun pemimpin Pakatan Harapan berani tampil untuk membelanya. Malah, ayahnya sendiri, Lim Kit Siang memilih untuk diam membisu.

Di Selangor pula, Azmin yang dahulunya mampu untuk mengekalkan barisan Exco Kerajaan Negeri dari PAS hari ini berada di persimpangan. Secara amnya, Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan terus dengan PAS termasuk menutup pintu rundingan dengan parti berkenaan. Tetapi, Azmin masih cuba untuk mengekalkan PAS kerana sedar, tanpa PAS, dia mungkin akan kehilangan kuasa di Selangor.

Sehinggalah wujudnya pertikaman lidah antara pemimpin utama PAS dan Azmin yang didakwa PAS sbagai cuba bermain tarik tali dengan parti berkenaan. Azmin masih lagi mengharapkan PAS untuk terus kekal bersamanya kerana dia sedar, tanpa sokongan PAS, DAP dan PPBM malah, ahli PKR sendiri pada bila-bila masa akan menenggelamkannya.

Inilah nasib dua pemimpin muda yang satu ketika dahulu dilaungkan sebagai pemimpin masa hadapan Pakatan Harapan. Mereka mungkin masih kekal berkuasa hari ini, namun kuasa mereka semakin dihakis dan hanya menunggu masa untuk disenyapkan apabila tiba waktunya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*