93% Rakyat Indonesia Tidak Boleh Terima LGBT

Lebih 90% rakyat Indonesia yang memahami terma ‘LGBT’ berasa terancam dengan komuniti tersebut dan percaya bahawa setiap agama melarang perhubungan sesama jenis dalam sebuah kajian yang dilakukan, demikian menurut laporan oleh sebuah agensi.

“Kaji selidik itu mendapati bahawa, secara umum, rakyat Indonesia melihat golongan LGBT secara negatif.” “Tetapi, orang ramai juga berpendapat bahawa golongan LGBT ini berhak tinggal di Indonesia dan kerajaan harus melindungi mereka sama seperti warganegara yang lain,” menurut kajian Pusat Penyelidikan Saiful Mujani melalui laman webnya.

Melalui kajian tersebut, seramai 1,220 orang dikatakan dari pelbagai latar belakang agama yang berbeza di seluruh Indonesia antara Mac 2016 dan Disember 2017 mendapati bahawa 87 % daripada mereka menganggap komuniti LGBT sebagai ‘ancaman dalam kehidupan peribadi atau masyarakat awam’.

Menurut sumber berkata, sebahagian besar dalam kaji selidik itu juga tidak bersetuju bahawa individu LGBT diberi peluang memegang jawatan di pejabat awam kerana mereka percaya agama mereka melarang kegiatan LGBT.

Sementara itu, pada tahun 2013, Kajian Pusat Penyelidikan Pew mendapati bahawa sekitar 93% rakyat Indonesia percaya bahawa masyarakat tidak boleh menerima homoseksualiti.

Sejak beberapa tahun lalu, pihak polis Indonesia telah meningkatkan serbuan di pusat sauna (Spa) dan parti seks gay atas kesalahan melanggar undang-undang berkaitan pornografi.

Mahkamah Indonesia pada bulan lepas, telah menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap 10 lelaki yang dipercayai terlibat dalam “parti seks gay” di sebuah sauna di ibu kota republik sekular Indonesia, Jakarta.

Justeru, jika negara seperti Indonesia juga menolak LGBT, Malaysia juga harus melakukan langkah yang sama untuk membanteras golongan ini yang semakin lama semakin membimbangkan negara.

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *