Padah Ejek Mengejek, Lapan Pelajar Ke Lokap

Klip video pergaduhan yang membabitkan beberapa remaja tular di Facebook sejak dimuat naik oleh laman Sandakankini sejak semalam.


Susulan insiden terbabit, lapan pelajar tingkatan lima dari dua buah sekolah berasingan di Sandakan ditahan polis bagi membantu siasatan.


Kosmo Online melaporkan, insiden tersebut berlaku di Dataran Harbour Mall.



Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata,


“Hasil siasatan awal yang dijalankan kami mengenalpasti insiden ini melibatkan lapan pelajar tingkatan lima dari dua buah sekolah di daerah ini


“Pergaduhan dipercayai berpunca daripada salah seorang pelajar yang muat naik gambar seorang pelajar lelaki dari sekolah lain melalui aplikasi Wechat sehingga berlakunya insiden ejek-mengejek.”

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *