Orang Macam Ini Yang Mahu Selamatkan Malaysia?

Sebenarnya, sudah muak untuk kita dengar istilah Selamatkan Malaysia yang kerap kali dilaungkan oleh barisan kepimpinan Pakatan Harapan. Mereka kerap kali menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal secara menyeluruh sehingga tidak ada walau satu sisa pun yang boleh dinikmati oleh rakyat.

Tidak perlu untuk kita merujuk kepada segala jenis laporan yang telah dibuat oleh pelbagai agensi asing terhadap negara. Ini kerana, berilah apa jua jenis laporan kepada mereka, mereka secara terang-terangan akan menolaknya. Cukup sekadar kita renungkan sekeliling kita, benarkah Malaysia berada pada tahap yang paling teruk di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Hari ini, kita boleh melihat, ramai rakyat Malaysia yang kononnya menderita dengan kenaikan kos sara hidup, membelanjakan wang mereka di pusat membeli belah, melancong sehingga luar negara dan paling hebat lagi, 2.5 tan makanan di bazirkan oleh rakyat Malaysia. Adakah ini cerminan Malaysia sebuah negara yang gagal sehingga memaksa, Tun Dr Mahathir keluar untuk menyelamatkannya?

Baru-baru ini, tular sekeping gambar yang menunjukkan Mahathir ada bertemu dengan delegasi kedutaan Eropah yang mana difahamkan, antara topik perbincangan mereka adalah meminta Eropah memboikot pengeluaran minyak masak sawit dari Malaysia dengan alasan, ianya mungkin membahayakan kesihatan.

Jangan tipu untuk mengatakan Mahathir tidak sedar akan impak disebalik perbuatannya ini. Secara amnya, sebanyak 321 buah Felda di seluruh negara yang dianggarkan mempunyai lebih 1 juta peneroka. Selain daripada mengsahakan getah, kelapa sawit juga antara produk utama yang dihasilkan oleh para peneroka Felda dengan Felda sendiri memprosesnya untuk dijadikan minyak masak.

Melihat kepada saranan Mahathir untuk kerajaan Eropah bagi memboikot keluaran minyak kelapa sawit negara, sudah semestinya, ia akan memberi kesan paling teruk kepada para peneroka Felda. Adakah ini jalan terbaik Mahathir untuk menyelamatkan negara dengan cuba mensabotaj punca rezeki warga Felda?

Dapat difahami bahawa, seandainya saranan Mahathir itu diterima oleh beberapa buah kerajaan Eropah, punca pendapatan warga Felda akan menyusut dan sekaligus membuka satu lagi jalan buat Mahathir dan Pakatan Harapan, menggunakan warga Felda bagi menyerang Datuk Seri Mohd Najib. Ini adalah peluang keemasan buat Mahathir memburukkan kerajaan menerusi warga Felda yang selama ini menyokong penuh kerajaan BN.

Terfikir di fikiran, kenapa Mahathir sanggup menyusahkan rakyat hanya untuk kuasa? Tidakkah dia sedar bahawa, kerosakan yang sedang cuba dilakukannya ini bertentangan dengan slogan mahu menyelamatkan Malaysia? Mungkin juga Mahathir sudah terlalu teruk pelupanya sehingga dia ditenggelami oleh kemaruk kuasa demi kepentingan peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *