Ngeri, 150 Pemain Ski Tergantung Di Udara

Permainan ski menjadi mimpi ngeri buat 150 orang di Austria bila tiba-tiba kerusi gantung yang membawa mereka berhenti akibat masalah teknikal di bahagian kabel.

Insiden berlaku di pergunungan Kreischberg di utara Klagenfurt, Austria.

Namun demikian, dilaporkan sekurang-kurangnya 150 pemain ski yang tergantung itu berjaya diselamatkan.

Media tempatan Austria APA melaporkan operasi menyelamat membabitkan tiga helikopter, kumpulan penyelamat gunung dan turut dibantu kumpulan penyelamat lain.

Kesemua mereka  tergantung kira -kira diantara 23 dan 33 kaki di udara.

Mereka diselamatkan setelah diturunkan secara satu per satu oleh pasukan penyelamat.

Tiada seorang pun dilaporkan mengalami sebarang kompilikasi kesan daripada cuaca sejuk biarpun tergantung selama beberapa jam.- CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *