Masyarakat India Boleh Labur Dalam Amanah Saham 1Malaysia

Masyarakat India boleh terus melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dengan tambahan sebanyak 1.5 bilion unit tambahan mulai Isnin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi laman Twitter rasminya.

Mulai hari ini, masyarakat India boleh terus melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia dengan tambahan sebanyak 1.5 bilion unit khusus buat mereka seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018. Semoga ini dapat meningkatkan lagi pemilikan saham dalam kalangan masyarakat India.
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) January 29, 2018



Najib membuat pengumuman mengenai manfaat besar yang akan dinikmati masyarakat India itu sesuai dengan apa yang diumumkannya dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu.

Memetik BH Online, selain memperkenalkan inisiatif baharu (1.5 bilion unit tambahan) yang dihadkan kepada 30,000 unit bagi setiap pelabur, kerajaan memperuntukkan RM500 juta bagi tempoh lima tahun di bawah skim pinjaman pelaburan khas yang ditawarkan kepada 100,000 isi rumah golongan B40 masyarakat India. 


Sementara itu, BERNAMA melaporkan, pengagihan AS1M dibuka sehingga ia habis dilanggan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *