Mahkamah Putuskan Pengislaman Ketiga-tiga Anak Indira Gandhi Tidak Sah Dan Terbatal

Panel Hakim Mahkamah Persekutuan telah sebulat suara membatalkan pengislaman ketiga-tiga anak M. Indira Gandhi oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah.

Menurut laporan sebuah media, pengislaman Tevi Darshiny, 20, Karan Dinesh, 18 dan Prasana Diksa, 8 telah diputuskan tidak sah dan terbatal, melalui penghakiman tersebut.

Sebelum ini Mahkamah Rayuan menolak permohonan Indira Ghandi untuk membatalkan pengislaman anak-anaknya kerana isu tersebut adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah di mana Perlembagaan Persekutuan melalui perkara 121(1A) membataskan campur tangan Mahkamah Sivil ke dalam kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Menurut sumber,Indira berkahwin dengan Riduan yang sebelum ini dikenali sebagai K Patmanathan, 20 tahun lalu mengikut upacara agama Hindu.

Pada 11 Mac, 2009, beliau memeluk agama Islam. Pada bulan berikutnya, beliau menukar agama anak-anaknya kepada Islam tanpa pengetahuan isterinya. Mahkamah Syariah kemudian memberikan hak penjagaan anak kepadanya.

Pasangan itu dikatakan berpisah dan suami mengambil dan membawa Prasana Diksa bersamanya.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *