Macam Barbie, Nadiya Shahab Akui Wajahnya Asli & Bukan Plastik

Jika anda mengikuti drama terbaru, Lafazkan Kalimah Cintamu, pasti ramai tertanya-tanya siapa pelakon cantik yang memiliki wajah seperti patung Barbie.

Pelakon dan pengacara Nadiya Shahab sebelum ini pernah membintangi beberapa drama televisyen seperti En Suami Mat Salih Celup dan Mr Hijab.

Memiliki darah kacukan Arab dan Jawa, ada pihak mendakwa kecantikan yang dimiliki oleh Nadiya adalah hasil pembedahan plastik.

Namun, Nadiya menafi sekeras-kerasnya dan rupa parasnya adalah asli dan tidak diubah.

“Semuanya asli dan ‘bukan plastik’ seperti dakwaan sesetengah orang,” jelasnya kepada Mingguan Malaysia.

Wajah yang cantik, bermata galak dan kulit putih gebu, pasti ramai yang tidak senang dan cemburu dengan kecantikan yang dimiliki oleh Nadiyah.

“Hanya kerana wajah saya kelihatan seperti seorang usahawan kosmetik tertentu, saya didakwa mengubah wajah asli. Padahal perkara itu tidak pernah wujud sama sekali,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *