Kenedy Penuhi Impian Di Newcastle

PEMAIN¬†tengah Newcastle, Kenedy yakin untuk memenuhi potensi dirinya di St James’ Park.

Anggota baharu Newcastle itu menegaskan bahawa St James’ Park tidak menghalang impiannya selepas meninggalkan kampung halaman demi mengejar cita-cita bergelar pemain bola profesional.

Pemain tengah berusia 21 tahun itu tiba di Tyneside minggu lalu selepas dipinjam dari Chelsea untuk baki musim ini.

Pengurus, Rafael Benitez akhirnya berjaya mendapatkan pemain yang diidamkannya setelah sekian lama.

Kenedy belajar bermain bola sepak di jalanan di negara asalnya, Brazil dan dia mendedahkan bahawa dia terpaksa membuat pengorbanan awal demi memberikan peluang terbaik buat dirinya.

Kata Kenedy: “Ketika saya masih kecil, saya bermain dengan kawan-kawan di jalanan dan saya sentiasa bermimpi untuk berada dalam kelab seperti ini… dan kini ia menjadi nyata.

“Saya meninggalkan rumah ketika berusia lapan atau sembilan tahun. Pakcik saya ialah pengurus saya dan dia memberi peluang untuk saya bermain bagi pasukan Fluminense.

“Kemudian saya berpindah ke Eropah ketika berusia 19 tahun. Saya berpindah dari Santa Rita do Sapucai iaitu sebuah bandar di perkampungan di Minas Gerais ke Rio de Janeiro.

“Ia kira-kira 300 batu, lebih kurang seperti Newcastle ke London.”

Ketika ditanya sama ada dia takut ketika berpindah jauh dari rumahnya, Kenedy membalas: “Tidak, ia baik sahaja, saya okay.”¬†– Eurosport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *