Kanak-kanak Hamil Lima Bulan Selepas Dirogol Berulang Kali

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang juga pelajar cemerlang di sekolahnya mengalami detik hitam apabila dia telah mengandung lima bulan selepas dirogol berulang kali oleh pengawal keselamatan di sekolahnya, sejak dua tahun lalu.

Kisah yang berlaku kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Lele itu hanya diketahui apabila ibu bapanya cuba mengatur untuk menggugurkan kandungan berkenaan.

Menurut sumber, lelaki yang merogolnya itu pula berusia dalam lingkungan 50-an dan telah berkeluarga. Dia ditahan oleh polis di Biyang, China kerana merogol kanak-kanak bawah umur.

Ibu bapa Lele sebelum ini tidak menyedari bahawa anak mereka dirogol hinggalah selepas pemeriksaan perubatan mendapati dia mengandung lima bulan. Pemeriksaan perubatan itu hanya dilakukan selepas ibunya mendapati anaknya itu tidak sihat.

Ibunya yang terkejut dengan keadaan anaknya telah menghubungi polis. Lele hanya berusia sembilan tahun ketika dia pertama kali dirogol lelaki itu.

Ada ketikanya ketika Lele bermain di sekolah, dia telah ditarik oleh pengawal keselamatan ke sebuah bangunan terbengkalai lalu dirogol.

Lele sebelum ini adalah pelajar cemerlang namun sejak dua tahun lalu dia menjadi pendiam. Dalam pada itu, polis memaklumkan suspek dikenali sebagai Liu Baoming. Dia mengaku merogol Lele pada Julai 2017.

Sementara guru besar di sekolah Lele pula memberitahu Liu telah bekerja di sekolah itu sejak enam tahun lalu.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *