Coutinho Pulang Ke Liverpool Ucap Selamat Tinggal

PHILIPPE Coutinho akhirnya berpeluang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bekas rakan sepasukannya di Liverpool ketika dia tiba di Melwood pada Isnin.

Coutinho yang menyertai Barcelona dengan nilai perpindahan £145 juta (RM792 juta) awal bulan ini disambut oleh Adam Lallana.

Lallana memuat naik gambar mereka menerusi akaun Instagram sebaik menerima kunjungan pemain berusia 25 tahun itu.

Coutinho (kiri) dan Lallana (kanan).

“(Dia) Kembali untuk mengucapkan perpisahan… pemain yang mempunyai kelas si genius kecil @phil.coutinho,” tulis Lallana pada kapsyen gambar itu.

Coutinho tiba di England pada pagi Isnin berikutan kemenangan Barcelona ke atas Alaves pada Ahad.

Pemain itu bermain sepanjang perlawanan dalam La Liga menerusi permainan yang mencatatkan kemenangan 2-1 sebelum diganti pada minit ke-66.

Tidak lama sebelum Coutinho meninggalkan Liverpool, Virgil van Dijk meninggalkan Southampton dan menyertai kelab itu pada Januari 2018.

Jurgen Klopp terpaksa menggunakan sebahagian wang dari penjualan Coutinho untuk menguatkan bahagian serangan.

Bagaimanapun, Klopp tidak merasakan dia perlu berasa panik.

“Ia bukan tentang menggantikan sesiapa pun. Ia adalah tentang menggunakan peluang, pemain, taktik dan formasi kita sendiri.,” katanya.¬†– Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *