[Video] Tular! Lelaki ‘Kunyit’ Tampar Bertubi-tubi Pelajar Perempuan

Tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki ‘kunyit’ menampar bertubi-tubi seorang pelajar perempuan kini tersebar meluas di laman sosial.

Menerusi klip video tersebut, gadis yang lengkap berpakaian sekolah itu dikatakan dimaki dengan kata-kata kesat dan kemudian ditampar berkali-kali oleh lelaki sotong tersebut.

“Ini baru sikit tau, pu*****, apesal kau cerita dekat cikgu? Kau main gila dengan aku kan,” ujar lelaki berkenaan.

Menurut sumber berkata, mangsa bagaimanapun cuba memberikan penjelasan kepadanya namun ia bukan sahaja tidak diendah, malah wanita berkenaan turut ditolak ke dinding dan rambutnya ditarik.

Video berdurasi satu minit 30 saat itu sekaligus menimbulkan reaksi kurang senang netizen yang menyifatkan tindakan si sotong tersebut biadap dan menjatuhkan maruah wanita.

“Bro, walau kau kunyit, perempuan bukan tempat untuk dikasari bro, bukan tempat untuk lepaskan amuk, kim k,” tulis Fidaus Putra.

“Kunyit ni dekat perempuan berani ler, cuba gaduh dengan lelaki, dah jadi lauk dah kot dia ni,” Kata Safarah Razlan.

Namun segelintir netizen mengatakan ia dipercayai merupakan insiden tahun lalu yang kemudian dikongsikan semula di laman Facebook.

Bagaimanapun, sehingga kini maklumat mengenai tarikh dan lokasi kejadian tersebut masih lagi tidak diketahui.

[KGVID]http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2018/01/kunyit-tampar-pelajar-perempuan.mp4[/KGVID]

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *