[VIDEO] Kejadian Aneh Mayat Lelaki Hilang Diusung Pulang Di Perairan Pantai

Gempar apabila sebahagian penduduk yang menetap di kawasan perairan pantai Nino, Nusa Tenggara Timur, Indonesia sabtu lalu dikejutkan dengan satu kejadian aneh.

Memetik sumber sebuah portal, seekor buaya dikatakan telah ‘membantu’ bawa pulang seorang mayat lelaki yang dipercayai telah hilang sejak minggu lalu.

Insiden pelik pada jam 7 pagi Sabtu itu disedari seorang nelayan yang ingin keluar menangkap ikan, namun terpaksa membatalkan hasrat setelah terlihat reptilia itu mengusung sesuatu ‘objek’ pelik.

Dia kemudiannya menghebohkan perkara itu kepada orang penduduk sebelum menghubungi Balai Polis Mena.

Menurut Ketua Polis Nusa Tenggara Timur, Rishian Krisna Budiaswanto, anggota polis dikenali sebagai Agustinus Mema terus bergegas ke pantai berkenaan dan melihat mayat terbabit sedang dibawa buaya menuju pantai.

Beliau berkata, buaya itu melepaskan mayat terbabit di pantai kira-kira 10.20 pagi dan kembali ke laut.

Hasil siasatan mendapati mayat itu ialah Abia Sala Dopong, 26, yang hilang sejak beberapa hari lalu.

 

 

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *