Tragedi Mesin Pengisar Kertas

Malang tak berbau apabila seorang pekerja kilang maut selepas kepalanya tersepit di dalam mesin pengisar kertas yang sedang dibaikinya.

BERNAMA melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kilang kertas di Simpang Ampat, Pulau Pinang, kira-kira jam 4.15 pagi, semalam.

Ketika kejadian, Tan Hong Seng, 52, sedang membaiki mesin pengisar kertas berkenaan bersama rakan sebelum tersepit, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafee Abdul Samad.

“Mangsa dipercayai tersepit ketika sedang membuka plet mesin pengisar yang rosak itu dan secara tiba-tiba mesin itu berfungsi secara automatik dan menyebabkan kepala lelaki itu tersepit di situ.

“Pihak bomba dengan bantuan pekerja kilang itu mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dan lelaki berkenaan disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *