Talkin Untuk Pakatan

Penentangan demi penentangan  dilakukan oleh  penyokong PKR dalam isu melantik seorang tua untuk menerajui Pakatan Harapan sekiranya memenangi  Pilihanraya Umum ke 14(PRU14) akan datang. PKR pada kali ini sudah merasa dipermainkan dengan nyata sekali.

Pencalonan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan, bakal mengundang perpecahan dalam blok pembangkang. Keputusan mencalonkan pemimpin berusia 93 tahun itu sebagai jalan mudah menarik sokongan rakyat hanya alasan sehingga sanggup mengabaikan persefahaman dengan rakan parti lain

Perjuangan yang dilalui oleh kumpulan reformasi dahulu telah dibakul sampahkan oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. Malangnya dalam isu pencalonan ini tiada siapa pun bangun untuk menentang secara berhadapan.

Agaknya pemimpin Pakatan yang lain sudah dijanjikan dengan imbuhan yang lumayan untuk menyokong pencalonan ini. Semua ini kerja gila yang dilakukan oleh pemimpin Melayu Pakatan yang mana hanya mengikut sahaja cadangan yang dimajukan.

Seharusnya semua rakyat terutama penyokong PKR dan reformasi  perlu menolak Pakatan Harapan yang diterajui pemimpin ‘sawan khinzir’. Langsung tidak masuk akal dimana sebuah gabungan yang mempunyai tiga nakhoda yang menunggu masa untuk tenggelam akibat tidak sehaluan.

Cukuplah rakyat sudah berikan peluang selama 22 tahun untuk ‘top dog’ itu memimpin. Kali ini, apabila kegilaan talak berlaku, Sudah tibalah masanya rakyat menolak pakatan impian siang hari ini yang berketuakan seorang yang mempunyai sawan jawatan dan kuasa ini.

Untuk menutup segala bentuk kelemahan yang ada didalam pakatan sekarang, berbagai fitnah dilakukan dan isu isu yang telah selesai dikitar semula untuk mengaburi  minda rakyat. Kerja sedemikian  pemimpin Pakatan Harapan amat pakar dalam melakukannya.

Tiada apa yang mampu lagi dibangkitkan pembangkang dalam isu  melainkan isu isu yang berunsur fitnah dengan infografik untuk melakukan  serangan terhadap Barisan Nasional serta komponennya.

Strategi fitnah dan penghinaan yang dilancarkan pada tahun 2008 dimana  pada kebanyakan pengundi masih belum bersedia untuk menghadapinya.

Sekarang budaya persepsi fitnah yang bertali arus dimainkan oleh pembangkang pada kebanyakannya sudah tidak mendapat tempat di minda  rakyat . Ini adalah kerana setiap isu yang dibangkitkan rakyat sudah mampu  mencari kebenarannya.

Tetapi perlu diingatkan kembali bahawa  pembangkang akan melancarkan  isu berkaitan dengan fitnah ini apabila tarikh pilihan raya semakin hampir bagi meraih sokongan. Dan menyajikan kecenderungan untuk bersama LGBT, berkhalwat, berzina dan sokongan kepada apa juga atas nama hak asasi individu.

Semua pengundi di negara ini sudah sampai masanya untuk menolak pembangkang secara keseluruhan kerana penyokong dan para pemimpin mereka sudah terbukti biadab tahun demi tahun kepada semua pihak.

Paling teruk para penyokong mereka menunjukkan sikap kurang ajar kepada beberapa pemimpin yang telah kembali ke rahmatullah meninggal dunia sebelum ini dengan pelbagai kata kejian di Facebook.

Sebagaiman biasa  isu penghinaan kematian, Raja dan banyak lagi bakal dilakukan dan selepas ini rakyat akan nampak isu pengundi hantu, isu kad pengenalan, isu alamat, isu yang bakal menuduh UMNO atau Briasan Nasional sebagai dalangnya.

Tetapi harus diingatkan bahawa sejarah Barisan Nasional sebagai sebuah gabungan yang kukuh tidak perlu dipersoalkan lagi dan sanggup menghadapi apa juga keadaan  dalam semangat kesetiaan dan kebersamaan sejak dahulu lagi.

Rakyat sebenarnya sudah memahami prinsip kebersamaan dalam kalangan parti-parti  Barisan Nasional (BN) sejak 1957 yang menjadi kekuatan dalam kerajaan Barisan National hingga sekarang.

Barisan Nasional adalah kelompok politik yang menyatakan kesetiaan janji bersama atau diistilahkan sebagai  perkahwinan politik secara kekal bukan perkahwinan mutaah yang diamalkan oleh Pakatan harapan.

Daripada tiga rakan kepada 14 rakan dan kini menjadi 13 rakan. Mereka (pakatan pembangkang) pula daripada Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan yang sufah kehabisan tokoh yang bersih untuk diketengahkan sebagai pemimpin.

Selama ini sudah pastinya rakyat dapat melihat bagaimana pembangkang hanya mampu  berpolitik 24 jam sehari  dan 365 hari setahun tanpa mahu mempedulikan isu berkaitan dengan keresahan , keperluan dan kebajikan rakyat dibawah pemerintahan mereka.

Bagi mereka menyebarkan persepsi dan menyebabkan mereka lalai dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dan menyebabkan rakyat berpecah belah dan bermusuhan disamping mengwujudkan perpecahan diantara kaum.

Kepimpinan Barisan Nasional telah banyak membawa perubahan sejak negara mencapai kemerdekaan serta transformasi yang dilakukan sejak menjadi pemimpin nombor satu Negara dengan pelbagai  pembangunan untuk kesejahteraan rakyat dilakukan.

Setiap pembangunan tersebut sudah pastinya akan menjadi modal fitnah dan menjadi modal hasutan untuk rakyat menentang setiap pembangunan yang dibina untuk rakyat.

Pembangkang pula sejak mereka diberi peluang memerintah di beberapa buah negeri sejak 2008, tiada perubahan yang mampu dilakukan oleh mereka untuk rakyat. Malah dasar  kenaikan cukai yang banyak membebankan rakyat

Justeru itu  untuk menutup kelemahan serta kegagalan, hanya fitnah sahaja menjadi modal yang boleh dicanangkan di minda rakyat agar rakyat yang dunggu menyokong mereka terus mendabik dada menentang kemajuan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Pada pilihanraya akan datang, kita percaya bahawa  rakyat sudah bijak menilai dimanakah sebuah pemerintah yang bijak serta mengambil berat isu berkaitan dengan rakyat dan bukan memilih  pemerintah dari parti yang hanya bijak melontarkan kata kata, namun pada masa yang sama tidak mempedulikan keperluan rakyat.

Mungkin pada tahun 2008 yang lalu, rakyat melakukan kesilapan dan berasa kabur tentang isu yang dibawa oleh pihak pembangkang. Sekarang rakyat sudah pastinya melihat dengan jelas perbezaan yang dibawa oleh kerajaan untuk rakyat dan menilai apakah terdapatnya perubahan  dibawa oleh parti pembangkang.

Sehingga kini ramai diantara  rakyat sudah hilang kepercayaan, pembangkang tidak mampu untuk menjadi pemimpin yang akan mendahului rakyat, malah jika kita lihat sekarang pemimpin  pembangkang hanya bertelingkah  sesame sendiri untuk merebut jawatan dan peluang.

Apakah akan terjadi apabila  kita memilih pemimpin yang hanya mementingkan jawatan dan  bersifat kleptokrasi sehingga dana rakyat pun habis digunakan untuk mendapatkan keuntungan diri sendiri dan bukan digunakan untuk keperluan rakyat.

Seharusnya rakyat dan anak muda yang telah terlanjur menyokong pembangkang memikirkan isu  yang dilontarkan oleh pembangkang dan bukan menerima bulat-bulat sahaja. Banyak sumber maklumat yang boleh menyatakan kebenaran.

Rakyat harus  sedar dan tidak terus tertipu dengan perangai lidah bercabang kepimpinan Dap. Mereka ini jenis tidak mahu mengaku kesalahan sendiri. Sudahlah tidak mengaku kesalahan yang dibuat, mereka fitnah dan tipu rakyat dengan meletakkan kesalahan mereka itu di bahu pihak lain.

Sekadar untuk renungan kita bersama, cuba kita bayangkan pembohongan kerajaan DAP Pulau Pinang yang menipu rakyat Pulau Pinang selama  bertahun tahun dengan menghebahkan cerita fitnah yang tidak masuk akal langsung termasuk bekalan air.

Sebenarnya selama bertahun-tahun negeri Pulau Pinang tidak dikenakan sebarang bayaran terhadap pengambilan sumber air tersebut ini kerana semasa zaman pemerintahan BN di Pulau Pinang, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)

Apakah rakyat seluruh Malaysia masih mahu mempercayai DAP dan Pakatan Harapan lagi. Sebuah parti yang akan menindas rakyat dan hanya tahu berpolitik 24 jam  dan tidak memikirkan  isu berkaitan rakyat. Kita sebagai pengundi seharusnya  membuat keputusan yang bijak pada masa akan datang.

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *