Seminar Percukaian LHDN – Persekutuan Majikan Malaysia 2018

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) akan menganjurkan Seminar Percukaian yang akan bermula pada 6 Februari 2018 dan dijangka berakhir pada 28 Mac 2018 di 12 lokasi di seluruh negara.

Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran majikan mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam hal ehwal percukaian.

Selain itu, Seminar Percukaian ini dapat mendidik majikan mengenai liabiliti cukai dan hutang di bawah Akta-Akta yang berkaitan.

Bagi peserta yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang audit percukaian, seminar ini dapat memberi pendedahan dan membimbing dan membincangkan berkenaan audit gaji.

Sudah tentu peluang ketika menghadiri Seminar Percukaian ini berlangsung, peserta yang hadir akan dapat membina jaringan hubungan dalam kalangan peserta-peserta dengan pegawai pegawai LHDNM.

Menariknya lagi, antara topik-topik yang akan dibincangkan adalah seperti

  1. Pengemukaan Penyata Majikan (Borang E),
  2. Tanggungjawab Majikan Terhadap Percukaian Pekerja (Individu Pemastautin dan Bukan Pemastautin)
  3. Audit cukai: Peranan dan Tanggungjawab Majikan

Sehubungan dengan itu, adalah disarankan agar para majikan, pembayar cukai, pengamal percukaian, akauntan, perancang kewangan, setiausaha dan pengarah syarikat serta orang ramai yang berminat untuk menghadiri seminar ini bagi mengemaskini pengetahuan percukaian mereka.

Bagi mendapatkan tarikh dan lokasi seminar yang lebih detail, peserta boleh merujuk ke laman portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau merujuk di pautan di bawah untuk keterangan lanjut dan mendaftar sebagai peserta http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/MEF_1_2018.pdf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *