Netizen Bengang Izreen, Ude Tercalon Couple MeleTop

Minggu lalu, rata-rata peminat Fattzura tertanya-tanya mengapa pasangan Fattah Amin dan Fazura tidak tercalon dalam kategori Couple MeleTop Top 20. Ada juga mengaitkan isu ini dengan pengacara program itu iaitu Neelofa.

Bagaimanapun, pihak Astro menjelaskan pasangan itu tidak layak untuk dicalonkan memandangkan senarai pencalonan dibuka bermula 15 November sehingga 14 November 2017. Pasangan itu pula bernikah pada 27 November lalu.

Namun kali ini lain pula kisahnya, apabila pasangan konteroversi Izreen Izminda dan Ude turut tercalon dalam senarai tersebut.

Rata-rata netizen tidak menyenangi pencalonan tersebut dan mendakwa Izreen tidak layak bertanding kerana dianggap sebagai perosak rumah tangga.

Netizen juga menyelar pihak penganjur kerana seolah-olah tidak mempedulikan madu Izreen yang juga merupakan isteri pertama Ude.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *