Menjadi-Jadi, Bapok Ganggu Pekerja KFC

Satu pujian seharusnya diberikan kepada mereka yang berkerja sebagai juruwang atau pelayan restoran makanan segera kerana setiap hari mereka terpaksa bertemu dengan pelbagai ragam pelanggan, namun masih tersenyum dalam apa jua keadaan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pekerja KFC tersipu-sipu menahan malu apabila diusik pelanggannya ketika itu. Kebetulan waktu itu restoran tersebut memainkan satu lagu berunsurkan cinta dan secara tiba-tiba, pelanggan terbabit miming lagu itu dengan gayanya seolah-olah ingin mengorat staf berkenaan

 

Dipercayai video tersebut berasal dari negara Jiran iaitu Thailand kerana menerusi video berkenaan, kedengaran lagu yang dimainkan berbunyi Siam.



Nak dijadikan cerita, ada netizen berpendapat bahawa pelanggan berkenaan merupakan seorang pondan dan kerana itulah pelayan tersebut berasa malu. Mungkin segan agaknya.





Tak kurang juga netizen yang mengatakan pelayan KFC tersebut takut menjadi ‘kunyit’. Apa maksud kunyit? Anda faham-faham sendiri maksudnya. 





Apa-apa pun, video ini mungkin memberi idea kepada mereka yang sedang mencari jodoh. Apa salahnya kalau berani mengorat jodoh anda dengan cara sebegini. Tak begitu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *