Malu Mengaku Jadi Rakyat Malaysia, Lepaskan Sahaja Taraf Kerakyatan

Malu mengaku menjadi rakyat Malaysia tapi masih hendak berkuasa di negara ini bersama PPBM. Itulah sikap pelik yang ada pada Mukhriz Mahathir, anak kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir. Kalau malu mengaku jadi rakyat, itu bermaksud sesebuah negara itu sudah terlampau teruk sampai rakyat pun jadi susah dan keadaan di dalam negara itu begitu daif dan miskin.

Kalau begitu malu, biasanya individu akan berhijrah dan menyerahkan kerakyatan serta cari perlindungan di negara lain bukannya dengan rasa tak malu masih kekal di negara sendiri.

Jika Mukhriz masih ingin berkuasa dan menjadi Menteri di Malaysia, bermaksud keadaan politik dalam negara adalah begitu stabil sampai banyak pihak berebut-rebut hendak menjadi pemimpin khususnya berebut hendak jadi Perdana Menteri.

Rasanya, di negara ini sahaja ada empat orang yang sudah menyatakan dengan jelas hasrat untuk jadi Perdana Menteri tapi parti mereka belum pernah menang dalam mana-mana pilihan raya umum di peringkat Persekutuan.

Malahan Mukhriz sanggup mengaku menjadi rakyat negara Brunei. Adakah Brunei mahu mengakui Mukhriz rakyat negara mereka dengan perangai Mukhriz sama-sama bersekongkol dengan parti lain untuk menghancurkan Baairsan Nasional (BN) dan parti orang Melayu UMNO.

“Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.

“Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam progam Sarapan Pagi bersama penduduk Kampung Jernang, Mukim Bakai di Baling pada 26 Januari lepas.

Bagaimanapun, Mukhriz hanya berani menjaja cerita sebegini di kampung di kawasan pedalaman kerana orang di kampung pada sangkaan Mukhriz mudah dipermainkan apabila mengatakan bahawa negara dalam keadaan teruk.

Mukhriz disarankan supaya angkat kaki dan tinggalkan Malaysia dan kemudian berhijrah ke negara lain serta jangan kembali lagi ke negara yang begitu teruk pada pandangan mata beliau ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *