Kit Siang Bakal Terima Padah Pandang Rendah Kekuatan BN Di Johor

Selepas beberapa buah negeri jadi mainan persinggahan politik pemimpin DAP, Lim Kit Siang, kini negeri Johor pula jadi permainan beliau singgah dan kemudian pergi. Selepas bertanding di Gelang Patah pada PRU13 lepas, menang dan kemudian pinggirkan rakyat di sana, Kit Siang kini membayangkan akan loncat pula ke Parlimen Ayer Hitam.

Kit Siang akan bertanding berdepan dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong jika bertanding di kawasan itu.

Beliau yang masih belum sembuh sepenuhnya selepas pembedahan membuang tumor di buah pinggangnya Disember lepas kembali ke pentas politik sejak semalam.

Katanya, kerusi Parlimen itu jadi kayu ukur bagi Pakatan Harapan (PH) untuk merebut Putrajaya dan negeri Johor pada PRU14 nanti. Kit Siang semalam, merasmikan Pusat Pilihan Raya PH di Ayer Hitam. Menurutnya, jika PH boleh menang di Ayer Hitam, maka mereka juga boleh menang bukan sahaja merampas negeri Johor tetapi boleh bentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

Nampaknya, Kit Siang memandang rendah akan keupayaan Ka Siong yang sudah pun menjadi wakil rakyat di kawasan itu sejak 2004 dan penduduk di sana sudah mengenali beliau.

Tiada logik akal, bagi Kit Siang untuk menyatakan bahawa jika sudah menang di Ayer Hitam, pakatan sudah boleh menang di Johor.

Pada PRU ke 13, Ka Siong kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengalahkan calon PAS, Hu Pang Chaw dengan majoriti 7,310 undi.

Walaupun baru-baru ini, beliau dilaporkan kurang sihat, namun kesihatannya sudah pulih selepas menerima rawatan dan bertugas seperti biasa sebagai Ahli Parlimen dan Menteri.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang

Barangkali menyedari Ka Siong masih sihat dan akan terus bertanding di Ayer Hitam pada PRU ke 14, inilah menakutkan Kit Siang dan DAP.

Sebab itu, beliau mengesahkan kerusi parlimen Ayer Hitam begitu penting dan amat sukar merampasnya daripada Barisan Nasional (BN).

Sebenarnya, DAP sudah pasti meletakkan calon parti itu bertanding di Ayer Hitam pada PRU akan datang dan calon berkenaan sudah hampir pasti ialah Kit Siang.

Ada juga desas-desus katanya, kemungkinan besar DAP akan meletakkan calon Melayu daripada PAN bertanding di Ayer Hitam nanti kerana umum tahu kedua-dua parti memang ada hubungan amat rapat.

Sudah tentu pengundi khususnya di parlimen Ayer Hitam yang selama ini menyokong BN sedar muslihat Kit Siang ini.

Sama ada calon PAN atau DAP, pembangkang tidak harus diberikan peluang menawan Ayer Hitam. Biarlah Kit Siang terus tidak ‘sembuh’ apabila melihat BN kekal di parlimen itu kelak.

Pelajarilah apa yang berlaku pada PRU13 apabila Kit Siang menang di Gelang Patah.

Nasib pengundi di situ tidak terbela kerana beliau hanya turun ke kawasan itu satu atau dua kali sahaja sebulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *