Kahwin Dalam Jamban

Dua mempelai ini nekad melangsungkan perkahwinan mereka di dalam bilik air selepas berlaku sesuatu tak dijangka, lapor Mirror.





Pasangan Brian Schulz, 26, dan Maria Schulz, 21, sepatutnya berkahwin di Mahkamah Daerah Monmouth, disaksikan keluarga dan sahabat terdekat.


Bagaimanapun, tak lama selepas upacara perkahwinan berlangsung, ibu pengantin lelaki yang menghidap asthma tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas hingga upacara terpaksa dihentikan.


Ibu Brian dibawa ke bilik air dan diberi rawatan oksigen sementara menunggu ketibaan paramedik.


Walaupun bimbangkan keadaan wanita itu, pasangan terbabit enggan membatalkan perkahwinan kerana mereka perlu menunggu 45 hari untuk mendapatkan lesen perkahwinan baru dan perkahwinan itu tidak dapat diteruskan tanpa kehadiran ibu pengantin lelaki.


Enggan meninggalkan bilik air kerana khuatir keadaan ibu Brian memburuk, mereka bersetuju untuk meneruskan upacara di dalam bilik air.

Sementara itu, New York Post melaporkan, Hakim Katie Gummer bersetuju untuk menukar lokasi upacara perkahwinan selepas pegawai sheriff Leonard Maxfield mencadangkan ia diteruskan di dalam bilik air berkenaan.


Menurut Brian, dia sedikitpun tidak berasa malu melangsungkan perkahwinannya di dalam bilik air kerana baginya, lokasi perkahwinan bukanlah perkara terpenting.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *