Hayat Politik Mahathir Kini Hanya Bergantung Pada Pihak Asing

Pertemuan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dengan Duta negara Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini memperlihatkan benar-benar Mahathir bergantung nyawa dengan pihak asing dalam menjayakan cita-citanya menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

Daripada negara asing, media asing sampai ke Duta negara asing semuanya dipergunakan Mahathir untuk memenuhi kehendak politiknya untuk berkuasa semula di negara ini.

Alasannya mudah, jika Mahathir mahu mempergunakan pihak berkuasa di Malaysia dengan tuduhan tidak berasas dan tiada bukti sudah tentu awal-awal Mahathir akan dimalukan di depan rakyat. Menyedari internet di Malaysia antara yang pantas di Asia, Mahathir menggunakan portal Sarawak Report (SR) yang dikendalikan oleh pihak asing iaitu Clare Rewcastle Brown dari United Kingdom (UK).

Buat tuduhan guna nama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukti rekaan didedahkan oleh Clare. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu proaktif dengan pantas mengarahkan siasatan segera dijalankan.

Kemudian, pembangkang guna media asing antaranya Wall Street Journal (WSJ) untuk menyambung pendedahan Clare seakan-akan ia adalah satu tuduhan yang betul. Rakyat Malaysia yang mudah terpedaya, terpengaruh walaupun pihak WSJ hanya menulis laporan berasaskan sumber yang tidak dapat dipastikan.

Mahathir gunakan pula Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) untuk mendedahkan satu saman sivil yang dilakukan oleh konco-konconya kononnya ada jenayah kleptokrasi telah dilakukan oleh pihak tertentu yang menggelapkan wang menggunakan 1MDB.

Oleh kerana Mahathir tahu Najib tidak terlibat, mereka tidak menamakan Najib dalam saman itu tetapi meletakkan label Malaysian Official 1 (MO1) dalam saman itu.

Sebab itu, apabila diminta oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali untuk menyampaikan permohonan rasmi untuk siasatan bersama dalam kes saman sivil itu, sampai ke hari ini pihak DOJ tidak membuat permohonan berkenaan.

Jika Mahathir pergi kepada media arus perdana di negara ini, sudah tentu dia tidak akan dilayan kerana media arus perdana buat laporan berdasarkan bukti sahih dan sah. Sebab itu, apa sahaja penyelewengan pembangkang dilaporkan di media arus perdana kerana ada terdapat bukti.

Mahathir sekarang ini menggunakan pula duta asing untuk memburukkam ekonomi negara dalam isu negara-negara dalam EU untuk untuk memburukkan negara dan terus tidak menyokong produk sawit keluaran negara. Betapa pentingnya kini negara asing dan pihak asing di mata Mahathir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *