Fizz Fairuz Dapat Gelaran Datuk

Di sebalik kejayaan seorang lelaki pastinya ada wanita yang mendorong dan menjadi tulang belakang atas segala usaha dan pengorbanan.


Begitu juga dengan Almy Nadia yang mengetahui segala perit jerih sepanjang hidup bersama dengan suami tercinta, Fizz Fairuz.


Sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah, Fizz Fairuz telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa kepada gelaran Datuk.

Anugerah yang diterima oleh suaminya ini benar-benar memberi kejutan kepada Almy Nadia dan menurutnya dia hanya mengetahui perkara tersebut dua hari sebelum majlis dijalankan di Istana Abu Bakar Pekan.


Almy sendiri tidak memberitahu tentangnya kepada sesiapa kerana tidak mahu ianya menjadi kecoh namun dia tidak menyangka ada pula laporan media tentang pengiktirafan tersebut.


Kerja keras Fizz Fairuz selama tiga tahun membantu mempromosikan pelancongan di Negeri Pahang membuahkan hasil akhirnya.

Foto: IG Almy Nadia

Foto: IG Almy Nadia

Apabila diaju tentang gelaran Datin yang diterimanya, dia menolak untuk dipanggil dengan gelaran baru yang dipikulnya itu buat sementara ini. Dia masih cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

Foto: IG Almy Nadia

Walaupun begitu, dia amat menghormati kebesaran pangkat ini dan akan terus setia melalui penat lelah bersama suami tercinta dan memajukan syarikat mereka Rain Maker Creation Sdn Bhd.


Bertuah sungguh Fizz dapat isteri seperti Almy. Dia memang seorang penyabar dan setia disamping Fizz. Rindu juga ingin melihat Almy kembali beraktif dalam bidang lakonan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *