Federer Menangis Rangkul Grand Slam Ke-20

ROGER Federer memastikan pemain terhebat sepanjang zaman dengan merangkul gelaran Grand Slam yang ke-20 awal lewat petang Ahad.

Bintang tenis Switzerland itu meraih trofi keenam Terbuka Australia yang berlangsung di Rod Laver Arena dengan menewaskan pemain kelahiran Bosnia and Herzegovina Marin Cilic, 6-2 6-7(5) 6-3 3-6 6-1.

Kejayaan itu sekaligus menyamakan rekod yang dicipta Roy Emerson dan Novak Djokovic.

“Saya sangat gembira dan ia amat menakjubkan. Kemenangan seperti mimpi menjadi kenyataan. Cerita dongeng berterusan untuk kami dan saya. Selepas setahun…ia sukar dipercayai.

“Federer yang terharu dengan kejayaan itu membuat ucapan sambil bergenang air mata.

“Dan pasukan saya, saya sayangkan anda semua. Terima kasih,” katanya.

Sementara itu Cilic yang mewakili Croatia berkata: “Tahun demi tahun Roger amat mengkagumkan. Ini mungkin tempoh dua minggu yang terbaik dalam hidup saya, tetapi Roger adalah pemain tenis hebat, lebih-lebih lagi pada set kelima.

“Saya harap akan terus bermain di sini dalam tempoh beberapa  tahun akan datang.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *