Disebabkan ‘Sweating Like A Pig’, Shila Amzah Kena Hentam

Orang Malaysia kalau sebut pasal babi, semuanya sensitif! Kadang-kadang disebabkan haiwan ini, berlaku banyak salah faham.

Contohnya apa yang berlaku dengan Shila Amzah baru-baru ini. Menerusi Instagram, penyanyi ini ada memuat naik satu gambar dengan kapsyen, ‘Sweating Like A Pig’.

Kalau diterjemahkan bulat-bulat kepada Bahasa Melayu memanglah akan menjadi ‘Berpeluh Seperti Babi’ kan?

Disebabkan itu ramailah netizen yang bising dan mengatakan Shila seorang yang tak senonoh dan menyangka dia berpeluh seperti haiwan tersebut.

Alahai, maksud sebenar perumpamaan tersebut adalah jauh berbeza dari andaian sesetengah orang,

‘Sweat like a pig’ tiada kena mengena langsung dengan babi.


Foto: IG Shila Amzah

Ia bermaksud berpeluh terlalu banyak sahaja. Orang Malaysia ni selagi boleh kecam memang nak mengecam sahaja kerjanya.

Lain kali buka minda tu sedikit ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *