Demi Wang, Isteri Sanggup Jual Suami Di Facebook

Seorang isteri sanggup bertindak melampau di luar batasan akal dengan tergamak ‘menjual’ suami menerusi laman Facebook untuk menawarkan khidmat seks semata-mata untuk mendapatkan wang.

 

Bagaimanapun, perbuatan pelik itu dikatakan berjaya dihidu oleh pihak berkuasa dalam satu serbuan khas di sebuah hotel yang terletak di Jalan Kayoon, Surabaya, Indonesia baru-baru ini.

 

Memetik sumber, difahamkan ketika serbuan dilakukan polis menemui sepasang suami isteri dan seorang lagi lelaki sedang berasmara di atas ranjang dengan melakukan teknik threesome.

 

Pegawai polis, Rudi Setiawan berkata polis turut menemui akaun group Facebook yang mempunyai lebih daripada 5,000 ahli yang mana dipercayai milik suspek sendiri.

 

Tambahnya lagi, suspek yang merupakan pasangan suami isteri itu telah menawarkan servis itu dengan harga yang agak rendah iaitu 300,000 rupiah (RM93) hingga 500,000 rupiah (RM115) untuk sekali perkhidmatan.

 

Kini  kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 20 tahun dan 24 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *