DAP Mahu Lihat Malaysia Hancur Seperti Iraq, Mesir, Jordan kah?

“Malaysia tidak akan hancur jika bertukar kerajaan malah ia hanya akan hancur jika dipimpin oleh kleptokrasi,”- setiausaha Organisasi DAP Selangor Eddie Ng Tien Chee

Menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Organisasi DAP Selangor Eddie Ng Tien Chee. Yang menyatakan kerajaan akan lebih maju  jika bertukar kerajaan adalah satu kenyataan yang tidak melihat kepada realiti kejadian yang berlaku dihadapan mata.

Sebenarnya negara akan lebih maju jika kerajaan yang memerintah sekarang ini diberikan mandat lagi oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Perkara ini dapat dilihat melalui pelbagai dasar merakyatkan ekonomi dan kebajikan yang sedang giat dilakukan oleh kerajaan.

Harus diingatkan bahawa  kepentingan dan keperluan  rakyat  hanya akan hancur jika terus diterajui pemimpin kleptokrasi DAP serta lain lain pemimpin Pakatan termasuk PKR yang hanya mementingkan  pembangunan “mampu tengok” oleh rakyat marhaen  yang tidak berkemampuan.

Mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke Sabah baru-baru ini yang dilaporkan berkata negara akan hancur sekiranya ‘silap’ menukar kerajaan. Kenyataan ini adalah benar sama sekali jika kita lihat betapa rakusnya DAP serta PKR membangunkan projek mampu tengok dan bukannya berkepentingan untuk rakyat.

Selama 8 tahun atau hampir dua penggal DAP dan PKR diberikan amanah untuk memerintah, namun dimanakah kepentingan dan keperluan rakyat diutamakan? Perkara ini termasuklah  membina rumah mampu milik untuk rakyat golongan rendah dan sederhana.

DAP dan PKR hanya mampu membina kondo, Apartment serta Banglow yang mencecah harga RM1.2 hingga RM1.5 juta untuk golongan kaya dan bukan untuk rakyat marhaen. Sedangkan desakan dari rakyat yang mahukan rumah kos rendah dan mampu milik untuk mereka dibangunkan.

Dakwaan Eddie bukan sahaja tidak benar malah menghina rakyat Malaysia kerana beranggapan seolah-olah rakyat seperti ‘katak di bawah tempurung’ dan tidak melihat pelbagai skandal yang telah berl;aku sehingga ada diantara pemimpin mereka didakwa.

Rakyat sedang melihat betapa rakusnya  kepimpinan kerajaan  Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang telah bertukar kerajaan sejak 2008 bukan sahaja telah membelakangkan kepentingan rakyat , malah  pertukaran dan penjualan tanah untuk rakyat dilakukan sehingga sekarang difahamkan  Pulau Pinang hanya tinggal kurang dari 5%  tanah kerajaan untuk pembangunan rakyat.

Menurutnya, rakyat di kedua-dua negeri ini tidak menikmati lebih banyak manfaat sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang meyediakan perlbagai skim dan bantuan untuk semua golongan tanpa mengira kaum.

Di bawah pentadbiran kerajaan impinan Pakatan Harapan  yang hanya tahu merampas tanah tanah rakyat yang sudah puluhan tahun mendiami kawasan penempatan dan  merobohkan warong warong kepunyaan etnik lain demi untuk mengambil peluang yang ada.

Sikap mementingkan diri yang diamalkan atas dasar nepotisme sedang berlaku secara tidak terkawal. Hasilnya kerajaan pimpinan DAP sedang menangung defisit  sebanyak hampir RM1 trillion yang mana akan membebankan  rakyat dalam usaha untuk menikmati pembangunan akan datang.

Kenyataan Eddie ini dapat membayangkan betapa tersedaknya DAP sekarang dan  semakin tidak dapat menyembunyikan ketakutannya tewas dalam PRU14. DAP adalam apa cara sekali pun akan terus berusaha menarik keluar pemimpin yang bermasalah dalam Barisan Nasional seperti Mahathir untuk dijadikan penyokong  untuk mendapatkan undi kaum Melayu dan anak muda.

Isu skandal yang melampau dan baru baru ini penipuan yang dilakukan oleh Ketua Menteri dalam  isu pembinaan Terowong Dasar Laut yang mana penyelewengan dana rakyat  dipergunakan dengan sewenangnya dan dirompak secara sistematik melalui pembangunan.

Jika difikirkan dengan apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang yang mana diperintah oleh pemimpin kleptokrasi maka sudah pasti Malaysia akan hancur jika bertukar kerajaan malah ia hanya akan hancur jika dipimpin oleh kleptokrasi yang ada sekarang.

Pemimpin yang mengamalkan dasar-dasar kronisme dan nepotisme sudah pastinya akan memilih sabahat karib, saudara mara serta anak beranak untuk diperkayakan dengan anugerah projek sebagaimana dilakukan oleh Mahathir, Anwar dan  Kit Siang sekarang ini.

Melihat kepada situasi Pulau Pinang dan Selangor yang dikawal sepenuhnya oleh DAP, sudah pastinya kita akan dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku jika DAP memerintah Negara jika diizinkan Allah Taala.

Fikir la sendiri apa yang bakal berlaku kepada negara jika seluruh pentadbiran dikuasai oleh DAP… Agaknya apa yang akan berlaku kepada kebajikan orang Melayu? Adakah masyarakat Melayu ada dapat hak yang sepatutnya menjadi milik mereka??

Bayangkan apa yang akan jadi pada Malaysia… Apa agaknya implikasinya nanti? Adakah suara orang Melayu akan didengari? Bolehkah orang Melayu berteduh di bawah DAP? Masa tu semuanya musnah dan tiada tempat lagi untuk orang Melayu meminta dan merayu.

Jadi untuk menukar kerajaan itu amat mudah, tetapi kesan dari menukar kerajaan itu amat panjang dan memakan masa ratusan tahun untuk mendapatkannya semula setelah segalanya hancur berkecai. Dimasa itu jangan dikatakan Islam lagi agama Rasmi Negara, tiada lagi istilah lagu kebangsaan , tiada lagi istilah jalur gemilang.

Semua ini telah dibayangkan didalam himpunan Bersih yang telah dilancarkan satu ketika dahulu yang telah banyak menyusahkan rakyat dan kerosakan harat benda. Himpunan yang dilakukan atas  nama kebebasan dan  amalan demokrasi yang menjahanamkan.

Justeru itu, jangan sesekali mencuba memijak bara api yang sedang membara, jangan diagah malapetaka yang ada dihadapan mata. Natijahnya amat buruk sehingga ianya membakar jiwa dan jasad bukan untuk seketika tapi untuk ratusan tahun akan datang. Masihkah kita mahu menutup mata terhadap apa yang berlaku kepada negara Iraq, Mesir dan Jordan?

  • pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *