Bekerja Lebih Masa, Lagi Doktor Muda Mati Secara Mengejut

Kurang sebulan selepas seorang pakar perubatan wanita maut, kini seorang doktor muda di wad kecemasan hospital di China juga menerima nasib yang sama.

Doktor tersebut maut susulan syif malam yang memerlukannya merawat sekurang-kurang 40 orang pesakit.

Xining Evening News melaporkan, doktor yang dikenali sebagai Guo Qingyuan, 43, pengsan pada akhir syif yang sibuk di Hospital Universiti Qinghai, selepas mengalami sakit dada dan sesak nafas.

Guo juga dilaporkan mengalami sawan dan pengsan sebelum dibedah selama empat jam, namun akhirnya gagal diselamatkan.

Tragedi ini berjaya meraih perhatian ramai pihak, yang rata-ratanya mengucapkan takziah dan menyatakan sokongan mereka kepada golongan doktor yang terpakasa bekerja sepanjang masa.

Seorang wanita berkata, “Ketika itu saya dapat lihat betapa sibuknya mereka. Kebanyakan masa tidak dapat berehat atau makan secukupnya kerana sentiasa bersedia merawat pesakit.

“Saya tabik semua pekerja perubatan,” katanya.

Guo dilaporkan sentiasa bekerja lebih masa selama tiga jam untuk memastikan tugasan diserahkan kepada rakannya dalam keadaan lengkap dan sempurna.

Pada 29 Disember lalu, seorang pakar respiratori wanita berusia 43 tahun di wilayah Shanzi meninggal dunia selepas bekerja 18 jam tanpa henti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *