PETROL PERCUMA DIBERIKAN MAJIKAN SEBENARNYA DIKENAKAN CUKAI

Sebagai seorang pekerja yang sentiasa berurusan ke sana sini menggunakan kenderaan, sudah tentunya salah satu kemudahan dan keistimewaan yang diperolehi oleh majikan semasa bekerja adalah tanggungan petrol yang diberikan secara percuma.

Manfaat petrol secara percuma diberikan kepada pekerja seperti dalam bentuk kad petrol yang diberikan oleh majikan atau bil petrol yang dibayar sepenuhnya merupakan manfaat berupa barangan (MBB) yang diterima berhubung dengan penggajiannya.

Manfaat yang dikenakan cukai adalah jumlah nilai petrol yang diberikan kepada kepada pekerja dan dikenakan cukai sebagai sebahagian daripada pendapatan kasar penggajian di bawah perenggan 13(1)(b) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

Oleh yang demikian manfaat petrol percuma yang perlu dilaporkan adalah nilai sebenar amaun perbelanjaan petrol yang dilakukan oleh pekerja tersebut.

Bermula dari tahun taksiran 2008, terdapat pilihan yang diberikan jika majikan dapat menentukan nilai sebenar petrol yang digunakan bagi perjalanan dari rumah ke tempat kerja dan dari tempat kerja ke rumah atau bagi melaksanakan pekerjaannya, maka amaun manfaat petrol percuma yang dikecualikan adalah terhad kepada jumlah tertentu.

Bagi petrol percuma yang diberikan untuk perjalanan dari rumah pekerja ke tempat kerja, jumlah tersebut seperti perbelanjaan petrol tersebut adalah terhad sebanyak RM2,400 bagi perjalanan dari rumah ke tempat kerja dan dari tempat kerja ke rumah.

Manakala perjalanan dalam melaksanakan pekerjaannya terhad kepada RM6,000 sekiranya majikan tidak dapat merekodkan jumlah sebenar petrol yang dibelanjakan bagi perjalanan bagi melaksanakan pekerjaannya.

Oleh yang demikian, jika pekerja tersebut menyimpan rekod lengkap berhubung dengan perjalanannya bagi melaksanakan pekerjaannya, maka pekerja tersebut layak menuntut jumlah sebenar amaun yang telah dibelanjakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *