Lepas Kata AlQuran Cetak Rompak, Penyokong DAP Mahu Kuasa Raja Melayu Dihapuskan

DAP parti serpihan PAP milik Singapura sememangnya dilihat anti Melayu, anti Islam dan penuh dengan propaganda ganas. Baru-baru ini Clement Chin Yee Kaing, pemimpin Himpunan Hijau yang merupakan salah satu daripada gabungan BERSIH 3.0 telah meluahkan di laman Facebook miliknya akan keinginannya yang “menanti-nantikan kepada penubuhan Malaysia sebagai negara republik”, di samping menuduh seorang pewaris takhta salah sebuah negeri terbesar di Malaysia sebagai telah pun murtad.

Perbuatan sedemikian boleh dianggap sebagai suatu penderhakaan kepada Institusi Diraja kerana penubuhan Republik Malaysia khasnya, boleh membawa maksud untuk menggulingkan semua Raja-Raja Melayu yang sedang memegang tampuk pemerintahan negara ini.

Beliau yang juga seorang pendakyah Kristian ini pernah terlibat dalam kerja-kerja evangelisme meletakkan kitab-kitab Bible dalam laci hotel-hotel itu juga seolah-olah mempamerkan sikap yang tidak sensitif dan tidak hormat kepada Institusi Diraja apabila tergamak menuduh pewaris takhta Kerajaan Negeri Selangor sebagai seorang penganut agama Kristian Katolik.

Clement Chin berkata, “Dengan Putera Mahkota Katolik di Selangor, saya harap MAIS akan terbuka fikiran secukupnya untuk memulangkan kitab-kitab Bible kepada pemiliknya yang sebenar.”

“Saya tidak terkejut memandangkan ibu baginda merupakan seorang penganut Kristian,” tuduhnya lagi.

Beliau dengan angkuh menghamburkan pelbagai kata fitnah terhadap salah seorang Sultan Melayu yang memerintah negara jiran hanya kerana baginda memilih untuk melaksanakan perundangan Islam di negara itu.

Clement Chin berkata, “Sultan Brunei yang playboy itu telah memberi saingan yang kuat kepada Hugh Hefner untuk gadis-gadis yang telah mereka tiduri. Pada masa yang sama, Hugh masih lagi bersedia dalam pijamanya, namun Sultan telah memilih untuk menebus dosa-dosanya dengan menjadi Taliban. Munafik sungguh khasnya apabila keghairahan seksnya pun sudah hampir pencen.”

“Playboy yang masyhur ini cuba untuk menebus dirinya yang telah menjalani kehidupan yang penuh nafsu, pembaziran dan dosa atas harga rakyat-rakyatnya dipaksa hidup di bawah perundangan kuno zaman pertengahan,” tuduhnya lagi.

Clement Chin masih mempunyai ramai sanak saudara di Shunde dan Guangzhou di China itu juga secara terbuka menunjukkan sifat penentangannya terhadap dasar negara yang mahu memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara agar tidak jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

Beliau turut mendakwa, kaum Cina dan India dipaksa “melutut” bagi membolehkan umat Islam dari kalangan Melayu nampak tinggi. Oleh itu, beliau menggalakkan anak-anaknya untuk berpindah keluar daripada Malaysia agar tidak perlu melutut bagi membolehkan orang lain dilihat lebih tinggi.

Bentak beliau, “Dasar aparteid Malaysia memaksa kaum minoriti Cina dan India MELUTUT bagi membolehkan majoriti Melayu Islam nampak TINGGI.” “Saya menggalakkan anak-anak saya untuk pindah keluar bagi mengejar cita-cita mereka. Tidak perlu melutut bagi membolehkan orang lain dilihat tinggi,” ujarnya lagi.

Selain dari berharap agar Malaysia menjadi sebuah negara republik, pendakyah Kristian tersebut juga didapati telah berulang kali mengeluarkan lontaran di Facebook miliknya dengan tulisan yang seolah-olah menghasut untuk memperdayakan rakyat Sabah dan Sarawak supaya menuntut pemisahan di antara kedua-dua buah negeri Malaysia Timur itu daripada Persekutuan Malaysia.

Baru-baru ini beliau telah membangkitkan kemarahan umat Islam Malaysia dengan tuduhannya bahawa kitab suci al-Quran merupakan sebuah kitab cetak rompak di samping menggesa agar jutaan wanita Muslimah dibenarkan untuk berkahwin dengan lelaki kafir.

Sampai bila kita perlu terus melihat ahli dan penyokong tegar DAP menghina orang Melayu, agama Islam dan perlembagaan Negara ini. Pihak berkuasa perlu lebih tegas mengambil tindakan terhadap pembangkang diketuai DAP yang semakin angkuh dan bongkak mengeluarkan kenyataan yang mampu mengugat ketenteraman negara.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *