BOLEH BAYAR CUKAI SECARA ONLINE: Bahagian 1

Tahukah kita bahawa pembayaran cukai kini hanya di hujung jari. Perkhidmatan secara atas talian menggunakan Financial Process Exchange (FPX) sebagai satu gateway untuk pembayar membayar cukai dengan lebih selamat.

Pembayar cukai atau pengguna hanya perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX sebagai medium pembayaran.

Senarai bank yang menyertai FPX ini juga boleh disemak di laman sesawang ini http://www.myclear.org.my/fpx/banks-tpa.html. Buat masa ini, terdapat hampir 18 buah bank yang tersenarai bagi tujuan pembayaran secara FPX ini.

Begitu juga melalui laman sesawang ByrHasil di https://byrhasil.hasil.gov.my/, pembayar boleh membuat pilihan untuk melakukan pembayaran melalui FPX ataupun menggunakan kad kredit.

Perkhidmatan kad kredit ini boleh digunakan hampir semua jenis kad kredit seperti VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.

Walaubagaimana pun, kepada mereka yang masih mahu menggunakan pembayaran cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah (CHKT) atau Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi individu dan syarikat secara tunai, cek atau arahan debit di kaunter bank.

Terdapat ejen-ejen bank yang telah dilantik oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk menerima pembayaran menerusi kaunter seperti CIMB Bank, Public Bank, Maybank, POS Malaysia, Affin Bank, Bank Rakyat, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional.

Selain itu, pembayar cukai boleh melakukan pembayaran cukai pendapatan dan CHKT dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) di Public Bank, Maybank dan CIMB Bank. Pembayar hanya perlu menyediakan maklumat nombor rujukan cukai bagi transaksi melalui ATM ini.

LHDNM sentiasa menambah baik kemudahan pembayaran pelbagai medium dan tentunya memberikan nilai tambah dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan selesa kepada pembayar cukai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *