Tweet ‘Anti-Israel’, Model Berhijab Jenama L’Oreal Tarik Diri

Wanita berhijab pertama yang dipilih untuk kempen iklan syampu jenama L’Oreal telah menarik diri berikutan tweet anti-Israel beliau yang dibuat pada tahun 2014.

Menurut sumber, Amena Khan dari Britain, satu-satunya model berhijab dalam kempen tersebut telah mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas rakyat Palestin dan menyamakan negara haram itu dengan Firaun sebagai pembunuh kanak-kanak.

Walaupun budaya Barat mempromosikan ‘kepelbagaian’ dan ‘kebebasan’ namun kata-kata terhadap negara haram Israel masih tidak diterima umum.

Amena Khan baru-baru ini dikatakan meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku lalu menarik diri daripada kempen Loreal tersebut.

“Dengan rasa kesal, saya telah menarik diri daripada kempen itu kerana kontroversi itu bakal menyimpangkan niat positif (kempen) itu,” katanya seperti yang dilaporkan oleh The Independent.

Pada musim panas lalu, kumpulan L’Oreal telah menggugurkan seorang model transgender kulit hitam British, Munroe Bergdorf berhubung komen Facebook model itu yang menuduh semua orang berkulit putih terlibat dengan keganasan kaum.

Selain itu, ia juga bukan kali pertama kempen L’Oreal untuk mempromosikan kepelbagaian terganggu kerana komen kontroversi di media sosial oleh para model.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *