Tular Video Pengadil England Henti Perlawanan Ketika Azan

Menakjubkan. Itulah yang boleh dikatakan bila video pengadil England, Mark Clattenburg yang menghentikan perlawanan selepas mendengar azan berkumandang.

 
Ia menjadi tular di media sosial terutama sekali di kalangan peminat bola sepak.
 
Ia berlaku dalam satu perlawanan Piala Raja-Raja Arab Saudi antara Al Feiha dan Al Fateh, semalam petik Astro Awani. 
 
Sudah pasti ia merupakan perkara biasa di Malaysia. Namun, video ini tular di media sosial kerana dilakukan oleh seorang pengadil yang popular dan bukan seorang Islam.
Tindakan Clattenburg mendapat pujian ramai kerana sikapnya yang sensitif terhadap budaya dan agama negara tersebut.
 

Peristiwa tersebut dapat disaksikan di saluran YouTube, Malayalam News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *