Sibuk Nak Berswafoto, Sampai Dilanggar Kereta Api

Terlampau ghairah mahu berswafoto, seorang lelaki di Hyderabad, India dilanggar sebuah kereta api.


Rakaman berdurasi 21 saat itu tular, menyaksikan T Siva yang juga seorang pelatih gimnasium dilanggar.


Menurut laporan akhbar tempatan, sebelum itu Siva sudah diberi amaran oleh orang ramai yang berada berdekatan landasan, namun langsung tidak diendahkannya.

Malah, hon kereta api juga dibunyikan sebelum melanggar bahagian kanan badan Siva.


Walau bagaimanapun lelaki ini bernasib baik kerana kecederaan yang dialaminya tidak membawa maut.


Disebakan kelakuannya itu, Siva dihadapkan ke mahkamah dan didenda sebanyak 500 rupee (RM30.60)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *