Pesanan Ronaldinho Kepada Coutinho

KETIKA Philippe Coutinho berpindah ke Barcelona, ramai yang kurang pasti mengenai masa depannya kelak.

Ini kerana ramai yang beranggapan bahawa pemain Brazil yang berpindah ke Barcelona tidak mendapat layanan sepatutnya.

Bagaimana pun bekas pemain Liverpool itu mengambil langkah bijak berbincang dengan ‘super’ seniornya, Ronaldinho.

Ronaldinho yang menjadi bintang Barca satu ketika dulu telah menasihatkan Coutinho supaya lebih tenang.

“Gembirakan diri kamu dan semuanya akan baik,” pesannya ringkas.

Coutinho yang menyarung jersi The Reds hampir lima tahun sebelum ini membuat penampilan pertamanya bersama Barca pada aksi Copa del Rey, Khamis.

Selain itu, Ronaldinho mengumumkan persaraan sebagai pemain minggu lalu dan mahu memberi fokus kepada karier baharu sebagai pemuzik serta jurulatih di sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *